Saturday, November 13, 2010

Yeay!! Exam dah habis!!

Fuuuhhh~~~ Tak terkata rasa lega gila-gila dalam hati ni bila tamatnya exam Introductory Microbiology tadi. Sebenarnya, bukan tunggu sampai masa habis pun, saat-saat akhir sebelum 15 minit terakhir tadi, cepat-cepat bangun dan hantar kertas jawapan setelah disemak-semak.






Exam tadi 2 jam sahaja, padahal MCQ [mutiple choices questions] ada 20, struktur ada 8, padankan jawapan ada 10 soalan dan 4 esei yang wajib dijawab kesemuanya. Punyalah awalnya, bajet masa tak cukup, tengok-tengok, 30 minit terakhir tu, seorang demi seorang keluar awal. Iyalah, kalau dah tinggal 15 minit terakhir dah, dah tak boleh keluar dewan dah. Memang kena tunggu nak kena kutip kertas jawapan, dan pengawas periksa nak kira lagi. Lama tu.






Alhamdulillah, soalan boleh tahan la menyedapkan hati. Sekurangnya, takde la keluar dewan dengan perasaan sedih dan kecewa sebab tak boleh jawab macam paper yang lain. Inilah harapan terakhir bagi kebanyakan kami.





Nak dijadikan cerita, henfon F rosak ni. Meragam pulak dia pukul 6 pagi tadi. Sebenarnya, semalam, dah memang terhempas untuk kesekian kalinya, tapi masih okey. Tiba-tiba pagi ni, skrin gelap kejap dan bila terang balik, no network connection. Icons semua, memang dah tak nampak..tinggal wallpaper dengan background je. Tak boleh call dan receive calls, juga tak boleh hantar dan terima SMS.



Cuba buka-pasang-balik bateri segala, sehinggalah bateri tiba-tiba tercampak. Dah pasang, masa tu mula masalah.




Bateri dah hampir kong, bila nak cas, keluar popup, bagitau, please connect to Sony Ericsson battery. Cek balik bateri, memang sah-sah dah bateri SE, tak pernah tukar pun sebelum ni. Oh lupa nak cakap, ini henset SE W508, flip style, kaler putih, Biasa-biasa je henset F ni.






Adakah ini petanda untuk hampir menunaikan wishlist F untuk ada henset Nokia ke?? Tapi macam sayang la pulak henset ni kalau dah tak guna, sentimental value la katakan.





Ada sape-sape tahu nak buat macam mana ni?? Ke nak kena tunggu balik rumah, bertolak malam ni, sampai pagi esok, baru hantar kedai dan baiki??




Aduus. Seksa jiwa raga kejap bila henset rosak macam ni.








F cakap:

Rumah..oh, rumah!!

No comments: