Tuesday, November 16, 2010

Puding Roti : SUKSES!!

Tengah mood gembira yang amat walaupun seharian penat layan kerenah Ammar Aiman yang asyik meragam. Tapi yang paling penat, tentunya Mama F. Sibuk nak siapkan hidangan laksa Penang untuk juadah Hari Raya Aidiladha esok, dan masa yang sama, kena layan Ammar Aiman yang bila mana duduk dalam riba Mama je, mesti baru tak meragam. Kekeke.






Oh, nak cerita pasal puding roti ni. Pertama kali buat hari tu, tak cerita pun. Memang tak boleh nak cerita sebab masa tu kurang menjadi. Orang guna susu yang kaler putih, F gi hentam letak susu strawberi. Terbaek la weh!! Kekeke. Rasanya okey, tapi agak manis sikit.






Resipi ambil daripada kak Zack, sumpah senang gila nak buat. Kejap je, cuma masa membakar je la yang lama. Tak kisahlah, yang penting tak cerewet, I LIKE!! F tumpang copy & paste ya kak Zack.






Bahan-bahan:

4 keping roti [F letak 5-6 keping roti sebab tak nak bagi puding lembik sangat]
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula [F letak gula perang 1 cawan]
2 sudu besar marjerin yang telah dicairkan [F guna mentega je]
4 biji telur dipukul
1 sudu kecil ground cinnamon [tak letak sebab tak suka]
1 sudu kecil esen vanila
chocolate chip [F guna kismis]

Cara membuatnya :

1) Pre heat oven to 175 degree.
2) Campurkan telur, susu, gula perang,ground cinnamon,esen vanila dalam satu bowl. Pukul sehingga sebati.
3) Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil [F hanya koyak pakai tangah sudah]
4) Tuang marjerin mentega yang telah dicairkan tadi dalam baking pan.
5) Masuk roti yang telah dipotong.
6)Tabur chocolate chip kismis atas roti cantik-cantik.
7) Tuang campuran yang dah sebati tadi tu.
8) Agak roti tu tak tenggelam, tekan dengan garfu.
9) Bakar selama 45 minit.
 
 
 sebelum
 
 
Macam yang kak Zack dah pesan, memang puding ni naik gila-gila waktu dalam ketuhar, tapi bila dah dikeluarkan, ia akan kembali ke saiz yang sepatutnya perlahan-lahan.
Oh, F memang dasar pelahap dan tak sabar, bila dah sejuk sikit, terus potong dan bagi satu keluarga makan untuk merasa dan komen. Sepatutnya, puding tu dihidangkan esok, tapi tak tahu la sempat ke tak sebab dah tinggal lagi 3/4 je. Kekeke.


selepas





Rasanya sedang-sedang je manisnya. Agak sedap berbanding dengan yang pertama kali buat tu. Sekali lagi, terima kasih kepada kak Zack untuk resipi sedap ni.





Maaf la ye, gambar agak blur sebab ambil dengan henfon Angah dan diambil oleh si Adik besar.












F cakap:


Asyik memalaskan diri je duduk rumah ni.

2 comments:

kak ina kl said...

kalau nak seribu daya dalam masak memasak ni..kalau tak nak seribu dalih

fikah © said...

@kak ina kl
betul tu akak.
masa ada kat rumah n tengah rajin ni la, nak masak2 semua.