Wednesday, November 3, 2010

Penat dan sakit.

Whaddup?? [intro stail rapper, mentang-mentang ngah bercintan dengan rapper kunun kan??]





Subjek Management, ada 8 bab masuk finals, baru habis 1 setengah. Hebar tak?? Nasib baik, 1 setengah, kalau belum stadi langsung, apa nak jadi?? Subjek lain langsung belum bersentuh, jawabnya, kena stadi jugak Microb dan Comp. tu sikit-sikit. Kalau tak, KO.





Penat sangat sebab banyak tidur barangkali. Almaklumlah, bila paper Islamic Worldview hari tu habis, selang 8 hari baru finals Management. Jawabnya, berjoli sakanla kau eh makcik.




Gangguan kebisingan masih ada setiap hari. Tak boleh nak lari dah. Aku penat nak lari, aku penat nak sakit hati. Cuma semalam, macam hari tu, kena double bising. Nasib baik bukan masa stadi.




Bisikan jahat kata, sila balas dendam. Memang nak ikutkan hati aku, nak balas sangat-sangat. Tapi last2, dendam tu hanya tersimpan dalam hati dan aku pun sakit hati sorang-sorang je. Ah, lantak koranglah.





Dah mula ketagih Nescafe. Tapi kali ni, dengan white coffee pulak, yang bila bancuh, kaler dia tetap sama macam coffee lain. Sebab pagi semalam, minum dengan perut kosong, memang perut memulas sakit. Padan muka.




Tapi itu tak boleh lawan sesak nafas waktu keluar dengan Aina, Ahad lepas. Depan-depan kaunter KFC pulak tu. Tapi dok tahankan je. Kalau nak pitam, aku tarik tangan Aina, biar sama-sama pitam. Hehehe. Alhamdulillah, cuba bertenang waktu tu, sebab kalau panik, nanti langsung tak boleh bernafas.




Dah banyak kali jadi macam tu. Cuma, kalau kat bilik, tak pe sikit, sebab aku boleh buat teknik amek beg plastik, dan cuba bernafas guna benda alah tu.




Sakit kepala dah jarang-jarang, melainkan waktu aku tengah geram hari tu je. Lagipun, kena cuba bertahan, sebab paracetamol [panadol] betul2 tinggal sebijik. Ubat selesema banyak la.




Takpe. Aku masih kuat. Insya-Allah. Doakan je la.








F cakap:

Tak sabar nak balik rumah.
Misi: jadi suri rumah tangga yang berjaya.
Hahaha.

1 comment:

Utt said...

bahaya la amik panadol slalu...lepas tu kerap plak minum neskafe...tk sesuai