Saturday, November 6, 2010

Jadi belon

Aku rasa muka aku dalam keadaan tengah mengembang. Padan muka, sape suruh pulun makan semalam macam tak ingat dunia. Pergi pasar malam untuk pertama kali, ibarat bawak budak pergi supermarket pertama kali jugak. Jakun. Semua benda yang ditengok, semua benda pun mau cekup.





Petang semalam, memang kehujanan sama Aina. Alasan, sebab malas nak buka payung tu. Akhirnya, bila dah sampai lebat gila, dan kami lebih mementingkan keselamatan makanan kitorang, maka baru la nak berpayung segala.




Dah bersin-bersin, memang sah, tanda nak demam selesema. Tapi selagi kepala aku OK, takde hal la. Sebab tak payah cari panadol. Dah kehabisan ni.




Makan apa ya semalam?? Lepas solat Maghrib dan mandi cepat-cepat [sebab nak elak demam], roti tempayan satu keping [oh, sumpah sedap wooh!!], nasi goreng pedas sebungkus, ayam percik yang perciknya lain dari yang lain serta tak berapa nak ada isi, berjaya ditelan. Memang dah macam ular sawa dah. Siap tersengguk-sengguk waktu makan, sebab kenyang sangat dan rasa macam nak demam.





Tu belum habis dengan murtabak ayam bentuk segi tiga, ada tiga keping, langsung tak berusik. Nak buat macam mana dah, lepas solat Isyak, terus tersadai atas katil dah. Nota langsung tak baca. Habislah, seharian dah tak stadi. Ni pun baru bangun. Nak sedapkan hati sendiri.





Bangun-bangun je, rasa muka membengkak semacam daa. Petanda nak membelon la ni. Biarpun konon-konon berat badan menten, tapi fizikalnya, tetap belon semacam dah ni.




Takpe la. Gerak dulu. Kang tak stadi langsung.




Mimpi indah ya anda semua!!









F cakap:

Hard-disks tak de jadi teman pagi buta ni. 
Baru bagi pinjam kawan kejap,
terus rasa rindu dan kehilangan gila.

No comments: