Friday, November 5, 2010

Bagaimana mengurangkan trafik ke blog anda??

Semua orang selalu cerita pasal nak naikkan trafik ke blog, maka baik F cerita pasal nak kurangkan pulak. Manala tahu, anda jenis yang tak suka la orang ramai-ramai masuk blog anda ni kan??




1. Private kan blog anda.

Ini cara paling senang. Bila anda private blog dan set kepada hanya author yang boleh membacanya, maka anda jela trafik ke blog anda setiap hari. Itupun kalau anda rajin luah perasaan sesuka hati kat blog tu, sampai sehari boleh jenguk blog setiap seminit. Ya, trafik naik, tapi tak de la unique views [UV].




Eh, dah tercerita pasal nak naikkan trafik pulak.





2. Jangan update blog langsung.


Tak payahla gatal-gatal jari nak menaip entri kat blog ni. Tak payah buang tenaga kat blog, baik gi study subjek Management ke, Computer ke, Microbiology ke, ada faedah jugak. Kan dok tengah finals kan, maka alasan yang baguslah untuk menjatuhkan trafik ke blog anda.


Tapi kalau blog tu dah memang sah-sah sudah femes, yang mana kejap-kejap orang tu pass url blog, orang tu pulak hasut kawan dia suruh baca blog tu, memang trafik ada je la tu.




3. Tulislah sesuatu orang yang tak faham.


Tulis dalam singkatan ke, macam tengah menaip SMS. Memang orang pun fed-up nak baca, sebab tiap kali pening apa maksud singkatan yang digunakan tu.


Tak pun, tulis dalam kod rahsia, bahasa rahsia, apa-apa yang rahsia. Biar orang baca dan pening-pening, lalu bagitau kat orang lain, "Weh, ada sape2 tahu apa yang blogger ni cuba nak sampaikan tak??"


Eh, dah macam promo blog la pulak kan. Silap-silap trafik naik je.




4. Jangan 'ping' blog tiap kali ada entri baru.


Bagi orang macam F yang sangat bergantung pada pingler untuk suruh orang baca blog, mengabaikan pingler, ibarat mengabaikan trafik ke blog ni. Maka, jadi la hasilnya 10 sahaja UV setiap hari. Best kan?? Sekurangnya 10 kan, bukan 1, atau paling teruk, 0.



5. Tutup terus blog itu.


Haaaa, ni paling senang. Untuk hapuskan trafik terus, tutup saja blog itu!!! Anda pun dah tak serabut nak kena fikir apa yang nak ditulis setiap hari. Baik perah otak, belajar untuk finals kan, kan, kan??






Entri merapu di kala kebosanan.







F cakap:

Belajar jom!!

3 comments:

cik EPAL said...

boleh try ni. hehe =)

Nancy Poh said...

hehe..info terbaik stakat ni dan yg terunik..boleh dipraktikkan pd yg sudi.

Shahrulsite said...

Tips yg amat berkesan...keep it up

Shahrulsite latest post:
Adakah Smartphone Anda Selamat Dari Virus