Thursday, October 21, 2010

Tidurlah..

Tak mau!!! Sebab semalam dah terlebih tidur. Iyala, mula dari malam sebelumnya, konon-konon lah kan..gi tidur awal, sebab nak elak main Fesbuk dan blog lama-lamaan, dan bajet nak bangun awal jugaklah konon.




Tapi, HAMPEH!! Bangunnya tetap waktu Subuh, pukul 6 lebih gitu, dan harapan hancur musnah la nak stadi pukul 3,4 pagi. Yang terbaik, lepas solat Subuh, hoyeh-hoyeh, semangat nak stadi gitu. Tapi tangan gi gatal sambung broadband tersayang ke laptop ni.




Oh, apa lagi, wajib cek dulu ada orang komen status gua tak kat Fesbuk, ada orang like ke tak. Tengok blog pulak, kena cek statistik pulak. Sebab nak bajet berapa orang yang dah terbaca blog ni kan, kan??




Lepas tu, perut pulak tiba-tiba ada keinginan mahu diisi dengan nasi lemak. Oh, demanding sungguh kamu ya, wahai perut. Roti Butterscotch Gardenia yang gua beli mahal-mahal, tak mahu pulak. Dah nama pun perut Melayu, jadi selera kemelayuan gua agak tinggi pagi semalam.




Sedar-sedar, dah lambat nak gi kelas. Siap-siap segala, padahal ada satu kelas je. Lepas tu, balik ke bilik semula di tengah harinya. Oh, semestinya kena main Fesbuk lagi wokeh!!



Lepas je solat Zuhur, semangat nak stadi yang berbaki itu cuba dipertahankan, rupanya, kalah jugak. Ketiduran..dan ketiduran..dan terus ketiduran sehingga jam 6. ALAMAK!!!





Takpe..takpe..malam ni jangan tidur ya, pesan minda kepada mata. Kita pulun stadi sampai mata lebam panda ya. Maka sejak itu, gua belum ketiduran..sebabnya??



Mestilah stadi!! 10% je, 90% lagi tu, habis kat laptop la. Online sini sana..baca blog-blog orang..main Twitter..makan-makan..YM lagi..apa lagi..semua gua buat weh!!



Hanya 5 helai nota yang sempat dipelajari dari 16 helai sepanjang gua mencelikkan mata ni. "Hebat", memang "hebat"!! Dan yang menanti juga, 6 bab Organic Chemistry yang asyik dok seru-seru nama gua setiap saat dan ketika. Maaflah yang lain-lain, malam tadi gua layan Alcohol bersama Ethers dan juga Epoxides.




Wokeh. Daripada nak cerita pasal tidur, gua dah merapu pasal alcohol pulak kan. Bahana 12 jam tak tidur. Alaa, apa la sangat, orang lain tak tidur 3, 4 hari pun tak bising.






F cakap:

Kena setkan minda untuk 
belajar..belajar..dan belajar.. 
Tapi sayang betul la nak tinggalkan dunia maya ni. 
Kang sunyi pulak kan gua takde 
*ayat perasan sorang-sorang*


Wokeh. 
Peace no war to all!!

1 comment:

Ery Farieha said...

sodapnye nasi lemak tu

hhohooh