Tuesday, October 5, 2010

Tidur.

Okey. Rasa penat gila hari ni dan rasa mengantuk sangat ni. Mungkin penangan pulang dari kelas ganti Organic Chemistry dengan berjalan kaki dari Kuliyyah of Science. Jarak?? Toksah cakap. Dah selalu sangat cerita weh. Hampir 1 kilometer, mungkin memang 1 kilometer, atau pun ada kemungkinan lebih 1 kilometer.




Esok pagi kelas ditangguhkan. Maka, pukul 2 petang baru gerak gi kelas Computers in Science. Tapi, yang tak boleh tahan, mata ni berat semacam. Padahal bukan ada kelas pada esok hari, membolehkan diri ini meroyan sakan untuk layan blog, tengok video malam ni. Tapi rasanya, sebelum jam menginjak 12, dah selamat tidur kot.




Cuba kalau esok tu ada kelas, terutamanya pagi, bukan main galak eh kau ni buat kerja. Kononnya. Bukan kerja pun boleh jadi kerja. Lepas tu, pukul 2,3 pagi baru kalut nak tidur. Bangun pagi esok, bila mata macam panda, pandai pulak komplen. Tensen betul.




Rasanya, baik tidur awal kan, daripada berjaga tanpa buat benda berfaedah. Tidur awal, dan cuba bangun awal untuk study ke, qiyamullail ke [insya-Allah].





Baiklah semua. F undur jari-jemari dulu. Ni pun tengah menaip sambil tersengguk-sengguk. Tidur dulu ya!!






F cakap:

Baru tadi je cakap tak boleh dah apdet blog sampai habis exam?? Ini belum apa-apa, blog masih tak leh nak tinggal lama-lama.

1 comment:

a's said...

aha! anna baru bangun pkul 3.45am..tido dr balik kelas sbb sakit perut.now dah okay skit.tp tak study pun!!!