Thursday, October 7, 2010

Teknik menjawab kuiz "terbaek"

1. Buat-buat lupa bahawa anda akan berhadapan dengan kuiz.




2. Hiasilah nota anda secantik mungkin; sekurang-kurangnya, anda masih boleh memenangi anugerah nota tercantik abad ini, walaupun apa yang ada tuliskan di nota itu, tak ada satu pun yang anda ingat.




3. Cubalah untuk belajar selama 1 jam sahaja, walaupun anda akan tidur selama 4 jam kemudian. Kononnya, terlalu penat selepas belajar.



4. Semasa tengah berjalan kaki dari Kuliyyah of Medicine menuju ke Kuliyyah of Sciences, jangan lupa untuk jenguk-jenguk sikit nota anda. Barulah dikatakan menggunakan masa sebaiknya. Sebab anda tak tahu pabila anda sampai ke kelas dalam keadaan yang penat, pensyarah sudah mengagihkan kertas-kertas soalan kuiz untuk dijawab dengan jayanya oleh anda.



5. Carilah tempat-tempat strategik untuk anda duduki semasa kuiz itu.



6. Pandai-pandailah menggunakan teknik sekodeng terhangat di pasaran anda, untuk main intai-mengintai, sedangkan tulisan jawapan kawan anda itu adalah yang terkecil dan termini pernah anda tengok.



7. Ingat!! Teknik hentaman berbisa juga perlu semasa menjawab kuiz itu.



8. Sesudah menghentam sakan, jangan lupa, redha dan tawakkal. Jangan pulak dah hantar kertas jawapan dan dah keluar kelas, baru teringat jawapan yang betul, lalu anda ingin masuk kembali ke kelas untuk menukar jawapan.







Sekian, harap maklum. Anda berani cuba teknik-teknik merapu lagi mengarut ini, anda sendirilah yang tanggung akibatnya. Penulis tidak akan menanggung sebarang risiko yang diambil oleh anda. Malah, penulis dengan selamba badak akan berkata, "PADAN MUKA!!" sambil gelak besar.

2 comments:

a's said...

sama lah kita! at least u know nak hentam apa!! anna tak tahu hentam pun ;'(

€LLy said...

hahaha mmg terbaek la!

tp err tip no4 xle ikot la
sbb td xckup tgn nk pgg notes
sbb nak kena pgg payung
sbb hujan yg sepoi2 bahasa
sbb bas xde time tu
sbb dpn kom bas xleh lalu
sbb dpn kom ada khemah yg byk
sbb ada i-code event!

so conclusionnya: jum memeriahkn i-code uia! =)