Tuesday, October 26, 2010

Susahnya nak belajar..!!

Sekarang, tengah mengantuk lepas makan tengah hari tadi. Agak-agaknya, lepas solat Zuhur nanti, nak tidur kejap lah. Tapi..tapi kan, kalau dah tidur kan, mesti sampai ke Asar, bangun-bangun je, solat Asar, dan tak rasa ada mood nak belajar kan?? Sebab petang kan, biasanya orang gi jogging ke, jarang tengok orang study masa tu.



Tapi ada orang cakap, lepas Asar boleh je nak belajar, tapi bukan subjek yang kena banyak membaca la. Oh, okey. Sebab Organic Chemistry ada jugak kena baca, jadi, tak payahla belajar waktu tu. Nanti mengantuk. Kalau tidur, kang tak bangun-bangun pulak kan?? Lagi pun, mana elok tidur lepas Asar kan, kan, kan??




Oleh itu, apa kata kita belek-belek segala hard-disks yang ada, dari yang dalam lappy ni, dan juga 2 external hard-disks kesayangan tu. Kita buang-buang mana-mana folder yang patut. Jadi, haruslah kita buka setiap folder, takut terbuang files kesayangan kan, kan??




Eh, eh, kejap..video ni tak tengok lagi la. Apa kata buka dan tengok kejap?? Tengok kejap je ya, sebab sekadar nak tahu video tu pasal apa. Oh, bestlah pulak!! Apa lagi sambungannya?? Sila tambahkan semua video parts tu ke playlist untuk tonton video tu sampai habis.



Okey. Tengah syok-syok tengok video, kena berhenti kejap. Beli makan malam dan solat Maghrib. Lepas solat tu, kena makan malam pulak kan. Sambil tu, apa kata sambung video tu tengah-tengah makan tu. Baru tak bosan walaupun makan sorang-sorang. Layan punya layan, eh, dah masuk Isya' dah. Solat kejap, lepas tu, kena mula belajar bab Alkynes ya.




Jom belajar Alkynes. Malam ni, tak boleh buka Internet tau, kena janji dengan diri sendiri. Exam dah hari Sabtu ni dah, kena usaha habiskan belajar semua bab ni. Takpe, takpe, bukak lappy, tapi untuk dengar lagu je okey?? Eh, nanti dulu. Video tadi tak habis tengok lagila. Apa kata sambil belajar tu, selang-seli layan video tu. Best jugak kan??




Akhirnya, dah jam 3 pagi. Kertas nota Alkynes itu, masih belum terbelek dari muka surat lima yang sejak hujung minggu hari tu. Tutupla video ni, jom tidur la pulak. Nak study macam mananya, sebab dah kena tidur dan sebab esoknya kelas jam 10 pagi. Kang kalau tidur lepas Subuh, tak terbangun nak pergi kelas Organic Chemistry yang terakhir tu. Dahla nanti kena belajar Amines, tak faham kang, susah pulak.



Kelas pun berakhir pada tengah hari, dan rutin kembali bersambung seperti perenggan pertama tadi. HABISLAH WEH!!!! Bila masa ko study nya ni??????!!!!!!!









F cakap:

Sindrom sayang blog terlebihkah ni??

5 comments:

zuk zuhaiza said...

sindrom syg blog.
syg fb.
syg lappy.

pergi jahanam lah lappy nie

baru hilang sindrom..arghhh

hanae said...

fikah boleh! chaiyok!

zuk; uish! jgn weyh. lappyla tlg ko wat assgnment. hahaha. aku syg lappy aku. heeeeee~

fairus said...

Belajau je bila2..

a's said...

hahaha,same here! but manage to belek-belek 3 chapters.but need to revise back and 3 more to go.banyak kot!!!

Roxy zai said...

uhhhhhhh...study berchapter2 siyes x larat..tp blogwaliking berblog2..sgt larat!!hehehehehhehe^_______^