Tuesday, October 19, 2010

Surat untuk kekasih lama.

AMARAN KERAS!!

JIWANG TERLEBIH!!









Ke hadapan awak, kekasih lama saya..


Saya karangkan surat ini, bukan lagi terisi madah-madah cinta, kata-kata indah seperti dulu-dulu..yang mana saya asyik dilamun cinta dengan awak. Tapi, kali ini, saya terus-terang sahaja, bertaip dengan tanpa selindung lagi.



Saya akui, dengan awak, ibarat cinta pandang pertama. Saat saya terlihatkan wajah awak, hati saya sudah awak curi, secara tak sengaja. Saya ni, bukan senang nak biarkan hati saya jauh dibawa lari dek orang, tapi, awak antara pencuri hati yang berjaya. Saya tak pasti awak bangga atau tidak, memandangkan ramai sahaja yang juga meminati awak.



Saya angau. Hari-hari saya, kalau tak melihat awak, rasa tak lengkap pusingan hari saya. Benar kata orang, tidur pun jadi tak lena, makan saya langsung tak kenyang..sebab tu bila makan, saya asyik bertambah je, sebab nak mengenyangkan perut. Oh, jangan bimbang, tika itu, mandi tetap basah seperti biasa. Dah sah-sah air tu akan membasahi jugak kan??



Suara awak...saya siap rakam dan jadikan nada pemanggil telefon bimbit saya. Nada mesej pun begitu juga. Dan apa yang awak tidak tahu, suara awaklah yang pertama sekali saya dengar tiap-tiap pagi, mengejutkan saya dari tidur yang panjang. Waktu itu, suara awaklah ibarat peneman hidup saya.



Tapi...



saya mula abaikan awak. Sebab awak abaikan saya..dan paling teruk, awak abaikan diri awak sendiri. Saya jadi gundah-gulana sebab awak dah agak semacam berubah. Iye ke haa?? Ke itu cuma perasaan saya semata-mata kerana mahu lari dari janji kesetiaan yang saya laungkan selama ni??



Agaknya, setelah setia dengan awak mungkin hampir 2 tahun, saya mula mempersoalkan diri..dan lebih utama, hati saya. Sayangkah saya pada awak, seperti mana dahulu saya gilakan awak?? Kenapa bayangan awak semakin menghilang jauh dari diri saya??



Hadir pula orang ketiga. Tak cuba memaksa, tetapi tahu mengambil hati. Disebabkan kesibukan awak, kita semakin sulit untuk berjumpa. Sedangkan orang baru ini, sentiasa saja cuba menghibur, walau pun saya tahu, dia bukanlah lelaki pilihan utama saya.



dia


Saat awak menghilang seketika, rupanya, benar, hati saya ditakluki orang baru. Saya mungkin tidak jatuh cinta pandang pertama padanya, tetapi rasa sayang itu mula hadir apabila saya mula mengenali dia sedikit demi sedikit, dan semakin menyukai si dia. Adakah ini namanya cinta??



Awak..saya tak rasa kepergian saya akan mengubah apa-apa dalam hidup awak. Siapalah saya kan untuk awak?? Tetapi..satu sahaja yang saya mahu awak ketahui. Awak kan cinta pertama saya..dan nama awak juga pernah terukir di hati saya, jadi mana mungkin saya melupakan awak sepenuhnya bukan??



Awak tetap cinta yang pertama buat saya..tapi saya dah temukan cinta yang baru untuk diri saya. Saya harapkan dari jauh, awak pun bakal ditemukan dengan cinta yang sangat indah untuk awak ceritakan pada seisi dunia kelak.



awak

kredit seperti tag



Coretan saya dah jadi terlampau panjang bukan?? Maafkan saya..maaf sangat sebab saya tak dapat kekal dengan awak buat masa ini. Pesan saya yang akhir, hargai semua orang yang menyayangi awak..dan saya tahu, awak memang selalu menghargai sesiapa sahaja bukan??



Sekian sahaja. Moga berjumpa lagi di lain masa. Selamat tinggal, kekasih lamaku.








F cakap:

Orang kata cinta pertama tu susah nak dilupakan, betul ke??


Oh, ini fiksyen semata-mata ya..
tiada kena-mengena antara yang hidup
ataupun yang telah tiada.

No comments: