Thursday, October 14, 2010

Selamat datang ke dalam hidup kami, wahai adikku sayang..

Entri ini sepatutnya di publish pada Selasa lepas, tapi malangnya, F mengalami kesulitan sewaktu nak upload gambar. Sekarang, F sudah pun berada di rumah, tetapi belum berkesempatan untuk bertemu dengan adik baru, Muhammad Ammar Aiman, kerana dia ditahan di wad kerana mengalami demam kuning.




  **********



12 Oktober 2010

Alhamdulillah, petang semalam, seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan, dengan berat 2.94kg. Siapa lagi kalau bukan, adik baru F!!! Sumpah rasa nak jerit, lompat-lompat dan menangis pada masa yang sama, dalam kelas Islamic Worldview semalam, pabila dapat tahu kehadiran orang baru dalam keluarga.




Sebab eksaited punya pasal, balik je dari kelas, terus tak sabar-sabar letak status kat Fesbuk. Kejap je penuh dengan Likes dan komen. Kawan-kawan ada jugak yang tulis kat Dinding F kat Fesbuk. Alhamdulillah, semuanya mendoakan kehadiran adik baru ni.




Maka, malam semalam, Angah MMS gambar adik, sumpah comel gilos sampai rasa nak terbang balik Kelantan dan peluk cium dia puas-puas. Homaigosh!! Pipi dia tembam woh!! Macam pipi Along dia sekarang. Hahaha.




Semua orang tanya, kenapa tak nak balik?? Bukan tak nak balik wahai sayang-sayangku sekalian, tetapi kakak sulung ini banyak kerja minggu ini.

1. Kuiz MAPLE - Computers in Science [Rabu]
2. Presentation - Principles and Practice of Management [Ahad ini]
3. Redo - Organic Chemistry lab reports untuk markah yang tak seberapa



Bila Abah telefon je, mesti nak kasi haru punya. Dia cakap, "Adik tanya, mana kakak tak jenguk-jenguk dia ni??". Ececeh, cara Abah cakap macam Adik dah boleh cakap apa. Adoii. Saja nak sedihkan orang tau.




Dan alhamdulillah, rezeki pun murah sejak dua menjak ni. Iyalah, anak itu kan anugerah Allah, ingatkan efek hanya pada ibu dan bapanya saja, rupanya, si kakak ni pun dapat tempiasnya jugak.




Wahai adikku sayang, semoga kamu jadi kesayangan semua orang. Doa Along dari jauh, agar Adik membesar jadi seorang yang boleh dibanggakan, terutama dari segi agama, akhlak, dan sebagainya. Insya-Allah, Along akan cuba jadi kakak yang terbaik.








F says:

By the time I graduate from my course in 4 years, he'll be only 4,5 years old. And I guess, I'll be the one who'll send him off to kindergarten. Oh, how sweet!! Heee.

3 comments:

cik QasehThya said...

huhuhu..
congrat for new hero..
tetibe excited gak..
comel nye adik F..
nnti balik kelate..
tolong gomo tok Qaseh sekali yea :)

I n n z said...

congratzz !

puteriqaizyan said...

comel beby!

xD