Tuesday, October 5, 2010

Saya dah hilang!!

Maaf. Bukan sengaja. Memang disengajakan supaya diri ini hilanglan diri sebentar.




Banyak benda berlaku, tahu?? Terima berita mengejutkan sampai mengalirkan air mata, hanya untuk mengetahui, rupanya, berita tersebut tak benar. Buat habis air mata guwa je. Jatuh standard kejap. Malu weh malu, menangis untuk sesuatu yang tak patut. Sumpah rasa bodoh gila malam tu.




Oh, lupa pulak. Kenapa hilang?? Internet lembab kah?? Oh, tidak. Padahal balik rumah hujung minggu lepas, boleh je apdet blog sampai muntah hijau, boleh je download drama-drama Korea sampai hard disk naik darah, boleh je online kat Fesbuk 24 jam, tak payah tidur pun tak apa.




Tapi bukan apa, tengah belajar nak sesuaikan diri tanpa Internet kejap. Inipun baru dapat online sejak pukul 1 pagi semalam, selepas lebih 48 jam mendaftar Celcom broadband yang baru. Kenapa 48 jam?? Sebab sistem tengah down masa gi daftar tu, itu yang lambat sikit.




Kena hilang buat sementara waktu, diulang, SEMENTARA WAKTU sebab finals datang dalam hidup kejap mulai 30 Oktober ni.


30/10 Organic Chemistry
31/10 Islamic Worldview
03/11 Principles and Practice of Management
10/11 Computers in Science
12/11 Introductory Microbiology



Tapi kan, masa nak exam tu lah, idea datang nak tulis blog. Tak reti-reti bahasa nak tunggu orang habis exam dulu. Spoil betul.




Oh, F hilang, sebab F selalu tak ada kat bilik dah. Bukan apa, selalu melepak kat bilik bestie yang namanya Aina tu, lepas tu, boleh pulak paksa rela F layan variety shows Super Junior dengan dia. Memang tak kasi can orang nak duduk senang sikit budak ni. Hehehehe.




F hilang kejap je pun, tak de orang rindu kot, kan, kan, kan??








F cakap:

Hah, amek ko!! Ku tulis random lagi ni. *ketawa jahat kuat-kuat*

No comments: