Saturday, October 2, 2010

Pengabaian terlampau

Teruknya saya. Saya ni abaikan apa benda atau orang sesuka hati je kan?? Kalau rasa nak, saya cuba datang dekat, kalau tak, saya buat bodoh je tanpa rasa bersalah.





Maaflah, saya memang bersalah, Tak ada niat pun nak abaikan awak langsung. Betul ni, tak tipu. Lagi pun, kita kan dah lama sangat kenal kan?? Cuma banyak benda yang saya kena fikirkan dan sejak lepas balik dari cuti raya, hidup saya bertambah-tambah sibuknya dengan exam, lab reports dan assignments segala.





Bukan saya tak mahu jenguk awak, tapi kalau saya jumpa awak, saya akan ada kecenderungan nak berlama-lamaan la pulak. Alaa, konon-konon nak melepaskan rasa rindu yang terbuku di hati dan sanubariku ini. Ecececeh, jiwang terlebih minah ni.





Lepas tu, saya ni pulak, selalu tak tahu apa nak buat bila tengok awak. Otak jadi kosong, hati jadi gementar, jantung berdegup macam nak pecah dada ni, lidah pun keras. Saya boleh tiba-tiba jadi tugu depan awak, sambil merenung kosong. Suka la awak tu, suka nak buat saya blurr kan??





Awak tak pelik ke, kita ni agak dekat, tapi kenapa saya rasa kita semakin jauh sejak dua menjak ni haa?? Adakah sebab saya jumpa sesuatu yang lain untuk diobseskan, maka saya pun jauh meninggalkan awak?? Tak adil kan, sebab saya dah terabaikan awak lalu menduakan awak tanpa saya sedar.





Tak mengapalah, mungkin ini ada kebaikannya, wahai blogku sayang. Agaknya, saya kena  sesuaikan diri hidup berjauhan dengan awak sementara waktu, sebab peperiksaan akhir saya, bakal tiba kurang sebulan dari sekarang. Dah la mid-sem exams punya keputusan, memang "terbaek" la. Macam mana nak skor dean's list kalau saya asyik fokuskan awak??





Adoi..takpe la awak. Kita jumpa lagi ya. Kalau "gila" saya datang untuk habiskan masa dengan awak, maka adala saya dengan awak nanti.





Selamat tinggal, kekasih gelapku!![untuk sementara waktu je]








F cakap:

Tersurat dan tersirat.

No comments: