Friday, October 22, 2010

Mana kamu menghilang??

Ketahuilah, pada saat entri ini ditaip, saya masih belum ketemu kamu. Saya masih mencari..




1. Saya rindu pada kamu yang selalu tersenyum tanpa jemu, yang bila saya terpandangkan senyuman manis itu, saya akan turut senyum dan merasakan dunia ini begitu indah.




2. Saya mahu lihat kamu yang gagah menghadapi segala masalah, dan jarang sekali berkongsi dengan orang. Tapi masih kuat untuk mengharunginya seorang diri kerana tak mahu orang bimbangkan kamu.




3. Saya suka lihat pabila kamu rajin dan berusaha kuat untuk belajar, untuk tak menghampakan keluarga dan diri sendiri, dan sanggup korbankan dan abaikan selainnya, hanya untuk belajar dan terus belajar.




4. Saya kagum dengan kamu yang masih rasa gembira pabila keluar dari dewan peperiksaan, walaupun kamu tersalah faham soalan, kamu masih lagi tenang, kerana kamu yakin kamu dah berusaha sebaiknya dan berserah kepada Allah.



5. Saya nak jadi macam kamu yang boleh hadapi stres dengan elok, tanpa perlu orang menepuk bahu kamu, kerana kamu tahu cara-cara terbaik nak hilang stres dengan buat macam-macam.







Kamu itu diri saya yang hilang dulu. Di manakah kamu??







F cakap:

Stres nak final ni boleh buat gua sakit.

No comments: