Monday, October 25, 2010

Lamaran itu..



Diam kini bukan lagi bererti hati bersetuju. Diam itu lebih membiarkan minda dan hati bersatu, memikirkan baik buruknya setiap keputusan yang bakal diambil. Bimbang, kelak keputusan terburu-buru akan memakan diri nanti. Tak sangka, sangat F tak sangka, siapalah diri ini untuk dilamar. Rasanya, seakan tidak layak sama sekali. Kerana F ini cuma insan kerdil, apalah sangat dibandingkan dengan mereka yang sudah punya nama.





Haaaa, sudah!! Jadi terjiwang pulak. Hahaha. Alaa..bukan apa-apa pun sangat ni. Cuma dapat tawaran dari sebuah syarikat pengiklanan jugak ni. Kebetulan sebelum tu F memang dah ada terbaca pasal benda yang sama kat blog bro Eyriqazz. Rasanya syarikat yang sama kalau dilihatkan pada ayat yang digunakan dalam emel tersebut. Lepas tu, pulun gi google satu ayat panjang emel tu, dengan harapan jumpa blogger lain yang dapat tawaran ni, sebab nak tahu apa yang dorang buat. Rupanya, Bean Moreno pun dapat jugak, dan dia tolak.






klik utk gambaran lebih jelas

Kebetulan, sehari dua yang lepas, dapat emel jugak, dari Hong Kong kalau tak silap. Tapi rasanya tak berkaitan sangat kat blog kot. F cuba tanyakan pada  Kak Jie, dan Kak Jie dah terangkan bahawa, kalau emel tu dihantar secara random, maka boleh diabaikan. Terima kasih ya, Kak Jie!!



klik utk gambaran lebih jelas

Lalu F tergerak hati nak kena fikir banyak kali, sebab tawaran yang diterima itu, dihantar menerusi contact form F kat page blog tu. Dah lama dah, emel tu dapat 7hb lepas. Masa tu, memang teruji habis la sebab kita sebagai publisher dapat sampai 70% keuntungan.

klik utk gambaran lebih jelas




Nak dijadikan cerita, masa tu jugak la buffered earnings Nuffnang, alhamdulillah, bertambah la pulak. Waktu tu, kalau tak silap 7 kot [alhamdulillah] dan sekarang tinggal 5 lagi [alhamdulillah] yang masih berjalan. Jadi, waktu tu, memang F dah abaikan terus.





Tapi, mungkin di masa hadapan, tak mustahil kot kalau-kalau F menerima tawaran tu, sebab nak rasa ada pengalaman jadi lain dari yang lain jugak kan. Tapi, bukan sekarang la kot. Maaf sangat-sangat, sebab tawaran syok itu kena tolak. *sob3*







Agak-agak kan, kalau F tiba-tiba terubah fikiran, apa yang patut F buat?? Terima??







F cakap:

Hujung minggu ni dah exam.
Rilek je kau, weh!!

1 comment:

nurain said...

ok gak tu..

tapi exam tu kena pentingkan dulu okeyh!!