Saturday, October 9, 2010

'Finals' sudah dekat woh!!

Okey, mari kita cuak beramai-ramai. Oh, tidak, yang perlu cuak, F je kan kan kan?? Tak aci, tak syok cuak sorang-sorang. Nak ajak jugak korang cuak bersama. Kita kan sehati sejiwa??[konon-konon la tu].







Kat atas ni, dah ada "kira bawah" atau nama sedapnya, countdown versi peperiksaan punya. 2 minggu lebih je lagi weh. Sempat ke tak ni??!!!! Takutnya weh.



Maka, banyak benda atau perkara yang perlu direnung kembali. Mari kita renung kosong, renung jauh, tenung nasib, eh tiba-tiba je, apa yang patut tak patut, apa yang perlu tak perlu.



1. Kurangkan main Fesbuk, kejar Twitter [sebab sejak dua menjak ni dok wat gila kat sini je kerja], apdet blog [sob.sob.sob. tak mahu tinggalkan blog walau sekejap cuma!!].





2. Kena tinggalkan kesayanganku yang namanya B2ST / BEAST itu buat sementara waktu. Kalau tak, memang haramlah nak jenguk buku untuk baca satu perkataan je pun. Alahai kesayangan F ni, buat comeback masa orang nak dekat finals. Hehehe. Boleh pulak salahkan dorang.

Kredit : b2strising


3. Jaga kesihatan, makan yang menyihatkan sahaja, sebab tak mahu tiba-tiba sakit perut ke apa [na'udzubillahi min dzalik], disebabkan pengabaian diri sendiri.



4. Buat nota-nota untuk semua subjek sebolehnya dan kemas kini kan. Bukannya esok nak exam, malam ni baru kau sibuk nak buat benda tu. Jangan last minute sangat, wahai F!!!



5. Kurangkan dulu minum air kaler-kaler, air ada gas [bikarbonat], air terlebih manis. Banyak minum air kosong atau air putih.



6. Dekatkan diri sehampir mungkin dengan Sang Pencipta. Baca al-Quran [kena praktis tajwid yang dok belajar selama satu semester ni, bak kata ustaz], solat malam [qiyamullail]- dok asyik malas nak bangun awal, doa, Doa dan DOA!!



7. Antara yang terpenting!!! Tak reti-reti ke nak bergayut dengan keluarga jauh di Kubang Kerian nuh..telefon dorang la weh!!



8. Buat latihan banyak-banyak-banyak sampai rasa nak termuntah. Practice makes perfect, I always believe that. [tapi bila kadang-kadang dasar fikiran pesimis kau datang bagi tau otak kau, "Nobody's perfect, so why bother to practise??", kau jangan nak layan sangat.]



9. Tidur awal untuk bangun awal. Tak boleh lebih dari jam 12 tengah malam masa tidur kamu, wahai F!! Dan sila kurangkan tidur di waktu petang, terutama selepas Asar, nanti otak kau susah nak terima apa-apa. Kalau mengantuk sangat pun, cari benda yang boleh buat kau distracted.



10. Jangan malas, kena RAJIN!!!



F, fighting!! 

F, jia you!! 

F, all the best!!

F semoga berjaya!!




F cakap:
Kat atas itu, semua pesanan untuk diri sendiri. Mungkin tak sama dengan anda. Heee. 

1 comment:

natasha MDG said...

kesian dekat beast. mereka x bersalah. hehe. all the best to you!