Sunday, October 17, 2010

Esok presentation, malam ni sakit perut.

Mak aih!! Kenapala ni?? Sumpah perut rasa macam memulas-mulas segala urat perut yang ada ni. Rasa loya nak muntah pun ada jugak ni. Kenapakah??



Ke sebab tadi tak dinner, terus-terus makan roti dan sosej celup air panas campur sos cili Thai, maka perut buat hal ke?? Mungkin ke jugak sebab gatal mulut suruh bestie buatkan air Nescafe trademark dia tu, dan perut takleh terima, terus nak sakit perut ke??



Ke sebab lu cuak beb?? Kan esok presentation, dan auranya dah datang menyerang, bakal buatkan gua takleh tidur malam la ni. Perut pun rasa macam ada rama-rama yang selamba rock main kejar-kejar. Macam dah habis taman bunga dah kat dunia ni, perut gua jugak korang kacau.



 Poster kami!!





Huwaaaa!!! Macam mana ni?? Apa masalahnya ni?? Agak-agaknya budak-budak Medik kawan gua, boleh suruh profesor dorang buat soalan PBL [problem-based learning] untuk dorang ni. Hahahaha.








F cakap:

Apa-apa pun, tolong doakan yang terbaik untuk F ya.

1 comment:

Nour El Ain said...

diagnosis: STRESS stimulates gastric secretion, it.ll cause uncomfortable pain in your stomach, especially when u don.t take any intake of food. so.. relax2 sket ye Miz F ;)