Sunday, October 10, 2010

Doakan mama saya..

Tengah hari tadi, Abah telefon F. Ingatkan nak tanya khabar dan usik- mengusik macam biasa, rupanya, nak khabarkan bahawa Mama F dah pun di hospital.




Sakitkah??



Bukanlah. F bakal menyambut adik baru. Lelaki, insya-Allah, diberitahu Mama hari tu bila Mama gi scan. Patutlah 2,3 hari ni asyik tersenyum je F. Heee.




Kata Abah, bukaan dah 3 cm. Tapi tekanan darah Mama agak tinggi, jadi apa-apa pun kena tunggu perbincangan dengan doktor dulu la. F harapkan, dapat berita baik hari ni, sebab tarik cantik woh, 10/10/10 ni. Namun, semuanya atas kekuasaan Allah sahaja. F hanya mampu doakan dari jauh, agar segalanya dipermudah dan selamat. Aamiin.



Nantikan khabar gembira...insya-Allah.




F cakap:

Tekanan darah F pun agak tinggi hari ni, 130/74, tapi masih dalam kadar normal. Gi periksa kat khemah budak-budak kejururawatan yang sempoi, sempena IIUM Kuantan Open Day 2010.

No comments: