Sunday, October 10, 2010

Current Twitter Trending #2

Maaf la yek. Nak cerita pasal Worldwide Twitter Trending kejap. Amboih makcik sorang ni, kalau yang trending tu artis K-pop, laju je kan??




Buka Twitter pagi ni, terkejut "Kim Hee Chul" tengah trending. Terkejut sebab No.1 lagi tuh. Lepas tu, selamba balas kat mamat hensem ni pasal dia di'trending'kan.





Cakap-cakap dengan Far, rupanya dah trending sejak petang semalam. F tanya, ada pakatan nak trending kan Kim Hee Chul ni ke?? Katanya tak, sebab mungkin datang dari orang komen gambar yang dia lukis semalam. F pun ada tengok. Lepas tu secara tak langsung, peminat semua syok gila nak trending kan dia.




Siapa Kim Hee Chul ni?? Dia antara salah seorang ahli Super Junior. Oh, takkan tak kenal kot siapa SuJu tu?? Kan yang datang Malaysia bulan 3 hari tu, dan nak datang lagi tahun depan?? Buat-buat lupa la tu.

Kredit : seperti ditag


Kim Hee Chul ni dikenali dengan his flawless milky white skin. Sumpah nampak bersih. Dan dia ni kalau tak kenal betul-betul, boleh ingat dia ni perempuan. Sebab muka cantik gila woh. Jeles gua sikit-sikit sebagai seorang perempuan.

Kredit : Jane


Oh, dan satu lagi mulut Hee Chul ni sangat tajam lagi berbisa tahu?? Dia cakap main lepas je. Tak kisah pun apa orang nak cakap apa kat dia. Antara sebab peminat suka kat dia, sebab dia punya straightforward attitude tu. Nampak macho dan cool gila.

Jacket photo - Bonamana


Cubalah Google Kim Hee Chul pulak. 65th most searched in the past hour. Twitter?? Tok sah cakaplah. Kan dah cerita kan kat atas tu. Sape-sape yang ade Twitter cuba bukak dan klik kat "Kim Hee Chul" yang tengah trending tu. Mesti kejap-kejap je, 20 tweets since you started searching dalam tak sampai seminit je.

Kredit : heecat.com


Oh, mesti bermakna gila tarikh 10/10/10 sebab tiba-tiba jadi hari trending Kim Hee Chul. Oh, yang berminat nak follow dia, @Heedictator ya. Dia sangat super duper aktif bertweet tau. Dia ada gak Fesbuk, baru buat tadi, tapi dah tak boleh add dah sebab dapat too many friend requests. Tak caya?? Cubalah. Dapat ni..



Oh, Kim Hee Chul~~~

사랑해요 김희철
우유빛깔 김희철





F cakap :

Follow me @fikahmus

No comments: