Friday, October 22, 2010

Blog aku berat weh!!!

Blog F dah terlebih berat dah ni. Kiranya dah masuk overweight, dah nak jadi obese dah ni. Berat sungguh. Bukan apa, nanti lambat loading, siapa mahu baca kan?? Tambah-tambah pulak, kalau guna wireless kat kolej atau universiti, takpun guna broadband yang cepat gila makan bandwidth yang dah tak seberapa banyak tu.




Minta maaf banyak-banyak-banyak kalau blog ni lambat gilos loading. Pagi semalam je baru tergerak hati nak timbang balik berat blog ni, dan mengejutkan, lebih 100KB, hamek kau!!






Lepas tu, godek-godek balik, tengok apa yang patut tak patut buang, F edit balik. Malang sekali, dari 134KB macam tu, hanya berkurang 1KB, jadi 133KB je. APAKAH????!!!!





Serius dah tak tahu nak buang apa dah. Sebab F ni jenis yang terlebih sayang dan setia tak bertempat, dok asyik fikir, kalau buang benda alah ni, rugi, tak buang kang, berat pulak.


Ini penimbang berat blog anda!!





Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)





Powered by iWEBTOOL





Ada apa-apa cara lagi nak kurangkan berat blog ni?? Biar jatuh bawah 100KB sikit. Barulah orang kata ideal sikit kan?? Ni, hurm..entahlah..Teruk bebenor dah ni.





Lepas timbang, bagi tau la ya, berapa beratnya.

5 comments:

a's said...

mine is 93.93kb
hebat kan?? nasib baik....dgn widget gedik2 muslimah tu lagi..hehehe

sri said...

kurangkan links kot. mine 94kb

::fatihahanapi:: said...

yup..mu kne kure link blog..aku da lme delete..berat weh..

Nour El Ain said...

mine 87.48KB :)

zuk zuhaiza said...

blog aku kurus mcm aku.

82.o2kg..eh..82.02kb..ngeh3