Friday, October 29, 2010

Aku tak perlu kau untuk faham aku.

Sebab kita berbeza. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Memang lain. Kalau kau rasa suara nyaring kau tu, akan buat aku berubah ke apa, oh, tidak, tidak sama sekali. Sebab aku memang lain.





Kau dengan selamba jenguk compartment aku, dan suara nyaring kau, kau umpama dah menjerit kat aku, "Aku tak faham la dengan korang yang minat Korea ni!!!" Nasib baik aku buat-buat tak dengar, konon-konon aku pasang volume headphone aku ke tahap maksimum, tapi setiap butir kata kau sebenarnya sangat jelas dan lekat kat kepala otak aku.




Apa masalah kau sebenarnya?? Kau jangan sampai aku balas balik apa yang kau cakap semua tu dengan cara yang lagi kasar weh. Aku diam selama ni, sebab aku hormat hubungan rumet-rumet aku dengan kau tahu?? Kalau tak memang dah sesedap rasa mulut aku dah sound kau balik.




Kau tak suka orang layan Korea, kau janganlah datang jenguk compartment kitorang. Ke nak suruh aku tampal kertas, tulis, "Sila jangan masuk. Si F tengah melayan rancangan-rancangan Korea. Harap maklum." Okey, kalau itu yang kau nak, aku boleh je buat. Takde masalah pun.




Aku tahu setiap orang ada kesukaan dorang tersendiri. Hak individu weh. Aku tak pernah kutuk kawan-kawan lelaki aku yang gila sama Girls' Generation, sebab aku pun boleh tahan jugak suka dorang. Cuma aku suka tukar-tukar pendapat dengan dorang ni, siap cerita lagi yang aku tengok video-video anti Girls' Generation, dan dorang takdelah terkejut sangat pun. Sebab dorang pun tahu pasal kewujudan video tu. Dan dorang sendiri cakap, kalau dah Girls' Generation ada ramai peminat, tak mustahil untuk dorang ada yang anti.




Dan dorang pun takde nak kutuk aku minat boybands Korea. Dan dorang pun ada je yang minat. Jadi, sayang, kalau kau tak minat, boleh tak kau buat cara baik tak minat, iaitu, dengan jangan melabelkan kitorang yang minat dan jangan kutuk kitorang.





Ini cuma fasa, itu aku akui. Fasa yang mana aku akan tergilakan dorang sehingga tiba suatu masa aku akan berhenti dengan sendirinya. Biasalah, benda tengah top kan, mestilah ramai yang layan. Termasuklah aku.




Aku bukan tak pernah layan nasyid, lagu omputeh, lagu Melayu semua, aku layan je. Tapi fasa aku layan semua tu, dah berlalu. Tapi kalau kau nak suruh aku nyanyi sikit-sikit lagu dorang atau sing-along lagu-lagu tu semua, aku ON je. Bila rumet aku pasang je lagu nasyid atau Melayu atau omputeh kat speaker, aku boleh je nyanyi sama. Cuma aku dah tak gilakan semua tu dah. Dulu memang ya sangat-sangat, boleh check folders lagu-lagu tu semua kat hard-disk aku. Masih tersimpan rapi. Cuma kat lappy ni, lebih banyak lagu Korea dan Jepun.




Jadi, tolonglah hormat kegemaran kita yang berlainan ni, dan paling penting, respek PRIVASI aku sekali boleh?? Jangan main nak terjah dan jerkah orang sesuka hati. Kau akan cakap kau tak jerkah, tapi sebab suara kau memang jelas sangat kuat, maka aku assume itu adalah jerkah. Hahahaha *gelak jahat*








F cakap:

Berbezanya kita sebagai setiap individu itulah 
yang menjadikan hidup kita 
lebih warna-warni dan penuh variasi. 
Kita punya unik kita tersendiri. 
Sebab itu ialah kita.

2 comments:

mengenaldiri said...

salam..
sabar ye dear..

a's said...

i know who SHE is.hahahahahaha

tapi,i pun tak suka Korea but i tak kutuk u all pun kan? i just admit that i am not so into Korean thingy je..no offense :D

chill! gambatte esok!!