Thursday, September 9, 2010

Tragedi malam raya

Macam-macam tragedi berlaku bila tibanya malam raya. Aduiii..nak tak nak, kena hadapinya jugak.



[1] Waktu nilah semua orang pun sibuk mahu hantar SMS raya. Line pun jammed je, SMS asyik pending, kalau tak pending, failed je memanjang.



[2] Lemang terbakar, sebab dok asyik melayan lagu raya, sampai tak hengat nak jenguk-jenguk lemang.



[3] Tiba-tiba je, satu rumah black-out..mana taknya, seisi rumah mesti pasang lampu, kat dapur dengan oven sana, microwave sini. Overused electricity, akibatnya, bergelap di malam raya. Oh, dan terlepas segala rancangan best-best kat TV.



[4] Dentuman mercun jauh lagi kuat daripada suara orang yang takbir raya..adoii..budak-budak habis je solat Maghrib atau Isyak, terus berlari keluar surau, gi lawan bunyi mercun siapa paling kuat.





Rindu zaman kanak-kanak dulu. Yang mana tiap kali malam raya, sama-sama main bunga api, keliling satu taman.Tapi sekarang dah besar, nak huha,huha pun rasa malu dan segan sikit.



Rindu jugak bila tengok budak-budak laki lawan bunyi mercun dengan kawasan taman sebelah. Berdentum-dentam dorang ni main.



Rindunya...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
dan 
MAAF ZAHIR BATIN 
untuk semua.






F cakap:

Mode sekarang dalam semi-hiatus. Sibuk, tapi sempat jugak jenguk-jenguk blog korang, sekodeng Fesbuk korang. Tapi sekadar jenguk je la, sebab tak larat nak membalasnya. Huhuhu.

1 comment:

miss faten said...

Selamat Hari Raya F :))
May you have a wonderful raya this year, insyaALLAH :D