Friday, September 3, 2010

Sekarang, dok kat dalam bas ni. Dengan teman baik saya. Online dari atas bas la ni. Hehehehe.



Baru masuk kawasan Terengganu, hampir melepasi Paka. Internet kejap ok, kejap tak. Dahla bateri Encik Acer ni ngam-ngam je ada. Sabar je la.




Paling tak boleh blah, lagu-lagu raya kat radio, semua yang haru-haru punya. Memang boleh meruntun hati dan jiwa yang lemah ni. Apasal la tak boleh nak pasang lagu hepi-hepi sikit. Bagi lagu Balik Kampung - Sudirman, baru betul ni feel balik raya.



Adoii. Kena off dulu, bateri dah nak kong. Malam ni, insya-Allah, kalau tak penat, baru apdet blog betul-betul ok?? Ni sekarang nak menaip pun susah sebab jalan tak rata, jadi pegang Encik Acer pun nak kena kemas, kang jatuh hancur, tak ke meraung saya ni???



Jaga diri semua. Salam Ramadhan yang ke-24, semoga kita semua dikurniakan rahmah dan barakah dari-Nya. Amiin.



Wassalam.




F cakap;
Tiba-tiba rasa pening dan nak termuntah ni.

No comments: