Sunday, September 19, 2010

Pulang #2

Adoiiiii..tensen bila kena sindrom bila-cuti-balik-rumah-duduk-lama-lama-sambil-rilek-rilek-dan-rasa-malas-dan-tak-mahu-pulang-ke-kampus. Tensen sangat-sangat-sangat, sebab tiap kali cuti je, mesti akan jadi macam ni. Orang lain dah lama gerak menuju Kuantan tercinta, sedangkan F hanya akan pulang pada pagi Isnin, setelah diketahui bahawa tiket bas telah pun habis, selain Isnin itu.




Abah pulak, tak boleh nak hantar, sebab bila nak kena drive, mesti kena ada teman, seperti Mama, tapi Mama dah sarat dan tak larat, tak pun jiran kami, tapi takkan nak suruh cuti semata-mata nak hantar F ni kan?? Adoii.




Dok rumah, satu kerja pun tak jalan, selain buat kek coklat untuk raya [punyalah rancang nak buat biskut itulah, kek inilah, semua hampeh tak buat], dan pulun habis-habisan perap ayam untuk barbeku reunion dan menggoreng bihun dengan teknik hentaman berbisa. Hahaha. Nasib baik, rasanya boleh tahan.




Kawan-kawan yang pergi reunion, minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak muat naik gambar reunion, disebabkan kealpaan saya yang boleh pulak tertinggal USB kamera dalam laci kat Kuantan. Jadi, kena tunggulah sikit ya. Oh, ya, dan untuk sape-sape yang rasa nak tengok gambar raya, nanti F cilok dari Fesbuk Angah, sebab dia yang rajin memuatnaikkan kat Fesbuk tu. Lagipun, gambar raya F ada satu je, entah la kenapa, feeling raya tahun ni, rasa macam biasa-biasa je.




Oh, serius rasa malas pulang. Adooiii. Dah la exam Organic Chemistry selamat menanti kurang seminggu. Lepas tu, hujung bulan 10, dah masuk finals dan bakal cuti lagi. Tapi F rasa, sebelum tibanya cuti akhir semester tu, memang sah-sah la akan ada sekali dua pulang ke rumah. Hehehe.











F cakap:

Apasal la suka sangat tulis benda-benda random ni?? Dah selalu sangat tahu..heee. Pesanan untuk diri sendiri.

2 comments:

ken said...

saya pun tulis random sekali-kala =)

::fatihahanapi:: said...

oow patutla xleh uplod..soe r beb aku x bls msg ko..xde kdit r..pe2 pon after uplod gmbr2 sume inpom aku ye..^_^