Wednesday, September 15, 2010

Penat

Semalam tidur pukul 4 pagi, lepas syok layan drama Korea Personal Taste, ala..yang ada Lee Min Ho hensem tu. Memang syok bangat tersngih-sengih sorang-sorang pagi-pagi buta tu. Hehehe. Alang-alang tengah angkat bendera merah, maka, tidur lewat jadi tak kisah sangat dah.



Lepas tu, pukul 8, dah bangun balik, sebab cakap dengan kawan kat telefon, pasal reunion budah-budak sekolah kami. Ingatkan nak sambung je tidur, tapi rupanya, langsung tak boleh tidur. Maka, sambung tengok Personal Taste sampai habis, sambil berangan, kan best dapat boipren yang faham isi hati kita. Okey, sila buang mode jiwang kau tu ke laut, F oiii.



Petangnya, kawan-kawan datang, sambil kitorang bersihkan ayam, nak buat BBQ nanti. Baru pulun 2 ekor setengah, dah rasa macam buat 10 ekor dah kot. Jadi, pukul 9 malam, dah tersadai kat sofa, krooh, krooh, sebab penat. Sangat-sangat-sangat penat weh.



Jadi, kejap lagi, dah nak kena tidur, sebab esok pagi banyak tugasan untuk reunion ni. Kitorang nak kena pergi cari lagi 3 ekor ayam sebab ada pertambahan orang di saat-saat akhir, nak bersihkan dan perapkan ayam lagi, kena goreng bihun [yang ni memang hentam sajala, sebab semua pakat tak tahu buat, hehehe], dan buat air. Lepas tu, nak berangkat ke tempat reunion.



Harapnya, tak lebih bajet, sebab setakat tadi dah RM100 habis, yang karang punya nanti, tak masuk kira lagi tau. Oh, lupa nak cakap, kitorang bakar-bakar ayam kat tepi pantai, sebab semua kempunan nak main air dan merasa pasir pantai.



Maklumat lanjut, sila klik Reunion Farisians 2007.








F cakap:

Ada satu entri tu, selalu sangat kena comment spam, maka F telah delete entri tersebut. Nasib baik, entri tu tak berapa penting pun.

Dan dekat Yahoo!Mail pun sama. Bilangan spam jauh melebihi emel kat inbox. Apakah??

No comments: