Saturday, September 25, 2010

Ole-ole dari Kanada


Budak comel yang namanya Awin yang bagi keychain Vancouver ini pada F. Awin ni belajar kat Kanada nuh. jauh woo, jadi agak susah mahu ketemu empunya diri. Hari tu pun, dia balik sampai raya pertama je, raya kedua dah nak gerak balik, pergi KLIA dulu, baru bertolak ke Kanada balik raya ketiga.




Awin  hanya sempat jumpa 2,3 orang je kawan. Jadi, dia dah tinggalkan ole-ole yang telah diamanahkan untuk diberi kepada kawan-kawan. Dan F antara orang terpilih. Hahaha. Serius poyo gila ayat 'yang terpilih'.




Comel kan?? F sangkut keychain comel ni kat bekas alat tulis. Syok je tengah-tengah dalam kelas, kalau rasa mengantuk ke, bila terpandang je keychain ni, mesti mata rasa segar bugar terus, hilang mengantuk semua dah.




Zaman muda-muda dulu. Gambar ni waktu kami di tingkatan empat. Maaflah gambar dalam mode Sephia, gatal tangan waktu tu, suruh kawan ambil gambar guna Canon ku dulu, mesti kena dalam mode Sephia.



TERIMA KASIH, AWIN SAYANG!!!

1 comment: