Wednesday, September 1, 2010

Kejamkah aku??

Sejak belajar jadi hipokrit sebulan dua lepas, maka secara tak langsung, kadar rasa sakit hati pun mula menurun. Rasa emo dan ober-sensitif juga berkurangan. Kalau dulu-dulu, terasa hati sikit je, kejap-kejap nak menangis, kejap-kejap nak masam-masam muka. Serius weh.




Kawan aku ajar, cara nak atasi perasaan sakit hati, jadilah hipokrit. Berpura-pura je depan orang yang sengaja atau tak sengaja sakitkan hati kita tu, buat baik macam biasa. Borak-borak panjang macam tak de masalah. Dan aku bersyukur, sebab secaa positifnya, aku susah dah nak rasa sakit hati sebab aku dah tak ambil port apa orang nak buat atau kata pada aku.




Senang cerita, lantak koranglah nak buat apa. Baik aku layan hati sendiri.




Tapi itu membawa akibatnya kepada, aku tak peduli sangat apa orang rasa, selagi aku memang tak salah. Yang penting, jaga hati sendiri. Nampak sangat aku ni jenis pentingkan diri sendiri. Tapi, nak buat macam mana?? Pengalaman demi pengalaman yang aku hadapi dengan orang, secara tak langsung menjadikan aku sebegini rupa.




Orang boleh cakap aku kejam, tapi cuba fikir balik. Cuba renung diri sendiri, pernah tak sekurangnya sekali kita menjadi kejam pada orang lain?? Dan apa yang tak diketahui, orang yang kita berlaku kejam tu, kadang-kadang tak pernah balas balik pada kita. TAPI, pada orang lain. Maka, semua orang pun tiba-tiba menjadi kejam secara tak langsung.




Oh, entri ni seriusnya, tak dituju kepada sesiapa pun, melainkan satu peringatan untuk diri aku sendiri. Sebab pabila aku nak bercakap soal hati dan perasaan, aku lebih suka merujuk kepada diri sendiri.




Kau tahu, jangan jadi kejam. Macam aku. Jangan stres-stres..hidup pun mesti mau senyum selalu maa. Sebab pabila kau senyum, orang lain yang tengok kau pun, tengah-tengah stres, boleh rasa nak senyum. Sama jugak macam ketawa. Sangat mudah berjangkit. Alah, macam tak pernah berlaku pada kau, bila mana orang semua tengah ketawa, dan kau yang tak tahu apa sebab orang ketawa, ikut gelak sakan sama, kan, kan?? Jangan tipu, bulan puasa ni tak baik menipu. Hehehe.




Salam Ramadhan di hari ke-22. INGAT!!! Kena rajinkan diri untuk cari lailatul qadar.





F cakap :

Pesanan untuk diri sendiri 
yang sentiasa alpa dan leka 
dengan fatamorgana dunia.

6 comments:

kak ina kl said...

kadang-kadang dalam kehidupan mencabar ni memanglah kena hipokrit..tapi janganlah berlebihan.

mak ooiii jauh nak balik kg ek..hati-hati di dalam perjalanan..semuga selamat sampai dan selamat kembali

nurain said...

memang betul dear.aku pon macam kamu jgak.salu anges2,sedey2, smapan lam hati.so aku cube ikut style dorang kat sini, iaitu dengan hidup hipokrit, dan kalo nak marah or ko trase, ko sound direct je.jadi kejam pada orang yang kejam, tu x salah aku rase. sbb bagi aku dorang kat sini lbih kepada rakan sekerja je, bukan sahabat sehati sejiwa,so dorang leh g mati kalo terasa, sebab aku dah sejuta kali terasa dengan dorang..

ngahahahhaha~

fikah © said...

kak ina kl;
ya kak ina.
selalu beringat supaya tak berlebihan.
sebab nanti boleh jadi benda lain jugak.

hehehehe.
jauh la jugak nak balik, sebab bas lalu jalan pantai.
dalam 6-7jam jugak.
terima kasih kak ina!!

fikah © said...

nurain;
huhuhuhu.
tak pernah lagi ada perasaan nak sound direct sebab dah belajar jadi hipokrit.
maka mulut pun secara tak langsung tertutup rapi.

tapi kan, kesiannya kat akak.
kena banyak sabar jadik nurse ni.
mama saya pun dulu selalu kena jugak.

a's said...

fikah!
sebelum terlambat,tolonglah jgn amalkan hipokrit ni.Allah akan gelapkan hati kita dan suatu hari nanti bila melampaui batasnya,Allah akan tutup pintu hati dan kita tak akan terima hidayah Allah lagi.Macam mana kita nak hidup di dunia ni kalau Allah tak nak tolong kita?

Biarlah kita menangis kerana orang buat kita sakit hati,asalkan jangan kita menyakiti hati orang lain.Rasulullah SAW dulu pun tak pernah nak balas balik apa yang orang musyrikin buat dekat dia, kenapa kita nak jadi kejam sesama saudara kita?Memang tipulah kalau kita tak marah bila orang khianati kita kn?

Fikah bukan macam ni sebelum ni,so jgn buat mcm ni lagi please!!

fikah © said...

a's;
anna syg.
"Kawan aku ajar, cara nak atasi perasaan sakit hati, jadilah hipokrit. Berpura-pura je depan orang yang sengaja atau tak sengaja sakitkan hati kita tu, buat baik macam biasa. Borak-borak panjang macam tak de masalah. Dan aku bersyukur, sebab secaa positifnya, aku susah dah nak rasa sakit hati sebab aku dah tak ambil port apa orang nak buat atau kata pada aku."

it should be in a negative way, but it turned out to a positive one for me.
kalau anna perasan, benda tu tak membuat fikah ade rase dendam sangat compared to sebelumnya.

but about hidayah,wallahu'alam sebab ini kalau tak silap hanya melibatkan hablum min an-naas [hubungan antara manusia], yang mana kalau ada berbuat silap dengan manusia, maka dengan dialah wajib kita memohon maaf.

insya-Allah, fikah masih minta maaf kalau benar salah dan khilaf itu daripada pihak fikah sendiri, dan masih tahu ucap terima kasih bila orang buat kebaikan.

but my point here is, when i thought being a hypocrite should kill me,it didn't, it just turned me to a better and more optimist person.

kejam tu, hanya terma sahaja, sayang.
okey??

peace!!V