Friday, September 24, 2010

Exam dah habis!!

YAHOOO!!!



Tak terkata perasaan habis exam ni. Heee. But truth is, tak rasa apa-apa sangat, melainkan lega je, sebab dah boleh fokus buat kerja lain pulak :

  • lab reports ada dua, Organic Chemistry dan Introductory Microbiology
  • nak kena hafaz ayat-ayat al-Quran dan hadis beserta makna untuk halaqah
  • perah otak cari idea gempak untuk presentation subjek Management.





Exam Organic Chemistry tadi, satu jam je. Dari pukul 11 pagi sampai 12 tengah hari. Lepas tu, terus gerak ke kuliah perubatan, sebab ada sesi penggambaran satu batch biotek kami ni. Syok gila weh, tapi F rasa F pose buruk gila untuk gambar-gambar yang konon candid tu. Adoiyai. F ni memang la sangat tak fotogedik fotogenik langsung ok??






Balik je, terus online kejap dan sebab Internet memang tahap perlahan gila, sampai tertidur tengah-tengah online. Akhirnya, terus lena tidur atas katil terus, baru enak sikit. Hahaha. Petang sikit, gerak gi library [haa, bajet rajin la konon], gi renew tarikh pinjam buku. Siap kena bayar denda RM 1.40 lagi, sebab dah terlebih seminggu. Padan muka, hahaha.






Lagi petang, borak-borak kat bilik bestie aka Wa dan Alia, sambil gosip-gosip dan bincang pasal jodoh. Memang topik jodoh ni jadi mainan mulut kami je bila berjumpa. Hahaha. Semua pun berangan nak kahwin lepas tengok video perkahwinan Nadia anak arwah SM Nasimuddin, yang ala-ala fairy tales.






Lepas tu, boleh pulak buat kerja gila nak jalan-jalan gi kat tasik luar UIA Kuantan ni, padahal jam dah pukul 6.45. Akhirnya, kitorang layan tasik kat depan mahallah [baca : asrama, hostel] je. Kempunan je kami.




Sekarang dah waktu malam ni, blurr gila, tak tahu nak buat apa dah. Padahal sebelum exam macam-macam la nak buat, itulah, inilah. Akhirnya, masuk je lepas exam, habuk pun tarak weh!!






F dok fikir-fikir, mungkin dah patut mula belajar untuk final exams ke?? Lagipun, finals mula 30 Oktober dah weh. Sebulan je lagi tu.










Oh, F sangat bahagia tengok tarikh "Inter Semester Vacation" tu. Sangat TERUJA ok??!!

3 comments:

waveX said...

em,lepas ni ada exam lg....byk lg exam menanti kita..

ken said...

boleh enjoy! =)

Roxy zai said...

huaarrgghh*menguap*..hurmm..xlaa lg nak final daa cik F!..haiyo~~=p