Tuesday, August 17, 2010

Wishlist #2

Panasonic Lumix GF1

Kredit : uncrate.com


Dah lama sebenarnya terliurkan benda alah ni. Tapi terpaksa berangan-angan dan membina mimpi di awangan, sebab mak aih, harganya, dah dapat beli sebijik DSLR dah ni. Usha punya usha, harga kat Jepun murah sikit, tapi masuk Malaysia je, dah dekat RM 3 ribu. Nampak gaya, kena mintak kezenku yang kerja kapal, selalu jalan-jalan kat Jepun, tolong belikan.

Kredit : pahing.com



Mahal sebab fungsinya dikhabarkan bahawa hampir menyerupai DSLR, cuma saiznya hanya separuh daripada DSLR yang selalu kita tengok tu. Ringan ke tidak tu, teman tak pasti la pulak. Kena gi pegang dan sentuh kat depan mata di kedai kamera, barulah boleh tahu.





Kredit : ec1img.pchome.com.tw

Buat masa ni, teman kena setia dulula pada kekasih lama yang namanya Olympus u1040 tu. Biarpun dok asyik rasa macam nak tolak kat sesiapa yang mahu, dan angkut Canon yang lagi murah tu [mentang-mentang Canon dok promo sakan tu], sebab nak angkut Lumix GF1 ni, memang belum mampu lagi buat sementara waktu ni. Tapi hajat memang tak kesampaian lagi untuk sekarang untuk Canon ka, Lumix apatah lagi.



Tengok kat laman web shashinki.com, harga Malaysia untuk Lumix GF1 ni, RM 2895.00 tunai. Ada waranti setahun dari Panasonic. Nak tahu pasal spesifikasi kamera ni, bolehla jenguk shashinki.com/lumixgf1.



Ouh..kalau rasa nak masuk meminang tu, bolehla siap-siap ada hantaran Lumix GF1 ni, yang siap berhias cantik. Teman terima je terus pinangan tu. Kahkahkah. [macam boleh caya je F ni]

2 comments:

ken said...

dapat kamera mesti ambil gambar cantik =)

fikah © said...

ken;
heeee.
kalau kamera power, tapi tak pandai ambil gambar, macam rugi je kan??
kena belajar betul2 ni.