Tuesday, August 31, 2010

Sudah 53 rupanya

Syukur dipanjatkan pada Tuhan yang Maha Esa, kerana aku masih diizinkan bernafas untuk melihat negaraku telah pun mencapai angka kemerdekaan ke-53. Tapi, serius aku ingin persoalkan diri aku sendiri, kenapakah rasa ingin menyambutnya seakan-akan tiada?? Langsung tidak seteruja tahun-tahun sebelumnya.



Oh, mungkin sebab aku tak kibar bendera kot untuk seminggu dua ni, dalam bulan Ogos ni?? Tapi fikir-fikir balik, TIDAK!! Bukan itu.



Ke sebab aku tak dengarkan lagu-lagu berunsurkan kemerdekaan pada telingaku, maka aku sudah tidak punya hati dan perasaan untuk menyambutnya?? Rasanya pun, BUKAN!!



Sebab aku insan lemah. Sebab aku rasa aku tak berbuat apa-apa pun untuk selamatkan negara ni. Bukan lagi dari ancaman penjajah Inggeris mahupun komunis, tapi dari segi penjajahan mentaliti.


Apa yang kita sumbangkan dekat negara kita? Kebaikan? atau sampah semata?

Kau tahu, aku persoalkan diri sendiri, merdekakah kita, pabila kau atau aku dengan selamba buang sampah merata-rata?? Kata sayang sangat pada negara ni, tapi kenapa harus dikotorkan??



Lagi sayu, pabila aku tanyakan lagi pada diri aku, merdekakah kita, pabila aku lihat teman-teman aku masih hanyut, dan aku hanya mampu terus mampu melihat tanpa ada belas untuk membantu??



Aku terus bertanya, merdekakah kita pabila saban hari aku akan ternanti-nanti khabar berita, bayi comel manakah yang bakal dibuang?? Di manakah tempatnya kali ini?? Tong sampah, sungai ataupun papan tanda??!!!




Merdekakan minda,hati dan cara pemikiran anda, barulah anda berhak menyambut kemerdekaan.

Tetapkan aqidah,mantapkan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam diri setiap generasi muda sekarang.


Penatlah mahu mengomel pasal kisah sama sahaja tiap-tiap hari. TIAP-TIAP HARI tahu?? Agaknya, mesti ada yang bakal persoalkan kewarganegaraan aku, patriotisme aku, pabila aku katakan aku sudah hilang rasa merdeka, sebab sememangnya, aku tak rasa aku betul-betul layak menyambut hari merdeka ini. Erti itu sudah makin lenyap dari dalam diri aku.



Salahkan siapa??



Apap-apa pun aku coretkan, hanya bersifat peribadi, dari sisi aku sendiri. Tetap takkan dapat mengubah hakikat dan realiti bahawa Malaysiaku yang tercinta sudah 53 rupanya.


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..




Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-53, Malaysiaku. Semoga diizinkan Allah bertemu lagi pada tahun hadapan.




F cakap:

Jom fokus kejar lailatul qadar!!

6 comments:

nurain said...

wow.nicely done la f..jarang kamu tulis serius2 ni..clapclap!

betul.memang diakui.akak sendiripon rse im not merdeka myself.hhuu~

a's said...

Merdekakan akhlak, Merdekakan hati, Merdekakan pemikiran

Salam Kemerdekaan ke 53.

I agree with you,let us fight to do ibadah for this coming Lailatulqadar.InsyaAllah.

hazman aka species1980 said...

semoga negara kita masih kekal perpaduan di antara semua kaum......

fikah © said...

nurain;
eh ye ke jarang tulis??
agaknya la kot.
sebab biasanya tulis dalam rilek2 dan santai2 je kan??
hehehe

thanks for your compliment!!

fikah © said...

a's;
it's from our little conversation between us three, that inspired me to write this.

insya-Allah, moga ketemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

fikah © said...

hazman aka species1980;
insya-Allah.
kena sentiasa doa, dan usaha nak memakmurkan negara tersayang ni.