Monday, August 30, 2010

Random Updates 3!!

Mahu cepat-cepat ni.


[1] Kadar kelembapan internet makin menjadi-jadi mengalahkan sang kura-kura sewaktu berlumba lari dengan si arnab.


[2] Maka, kadar blogwaking dan hapdet blog pun turut jatuh menjunam disebabkan nombor 1 itu.


[3] Hanya dapat blogwalking dan hapdet blog pada waktu sahur, di mana kena kalut nak sahur, waktu tu jugak la nak hapdet segala.


[4] Masa hujung minggu dihabiskan dengan keTIDURan, konon2 ganti tidur untuk 2,3 minggu sebelumnya, yang tidur sangat tak tetap.


[5] Tak lupa juga, dihabiskan dengan makan sakan waktu berbuka puasa di Black Canyon Coffee, Sabtu lepas.


[6] Langsung tak luangkan masa untuk study Introductory Microbiology, yang mana mid-sem exam untuk subjek tersebut bakal mengambil tempat pada hari Khamis ini.


[7] Alhamdulillah, khabarnya, saudara yang mengalami kemalangan dan terimpak teruk itu, sudah stabil, tapi kritikal, sebab masih perlu bergantung pada mesin bantu hayat. Teruskan berdoa untuknya, insya-Allah, mudah dimakbulkan di bulan Ramadhan penuh rahmat dan berkat ni.


[8] Tiap-tiap hari asyik teringat nak balik rumah. Sangat-sangat-sangat homesick woh!!


[9] Kena ingatkan diri supaya berbelanja dengan lebih berhemah sebab selalu je tangan gatal mahu beli itu dan ini. Nasib baiklah kawan sempat menghalang.


[10] Pulang cuti raya pada Jumaat ini, insya-Allah, waktu pagi, ke Kelantanku yang tercinta!!!




F cakap:

Jom kejar Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir Ramadhan ini. Target untuk sempurnakan solat wajib, target untuk bangun malam [qiyamullail] dan solat sunat, target baca 100 ayat al-Quran setiap hari, target puasa bukan di perut sahaja, bahkan mata, telinga, mulut, tangan dan hati, target untuk lebih banyak bersabar, target untuk lebih bersangka baik dan macam-macam lagi.

2 comments:

Redbloodsnow said...

sgt x best kan bile line tenet cam kura² patah kaki kan kan...hemprhhh

fikah © said...

Redbloodsnow;
tahu takpe.
ni mengalahkan kura2 patah kaki dah.
lagi teruk.