Monday, August 23, 2010

Pesanan #1 : Masak nasi

Bukan milik F, tapi pemilik sebenar terpaksa dirahsiakan.

Okey. Dah tahu engkau tu terbangun sahur pukul 5++ pagi [itu dah kira terlambat], boleh tak engkau masak nasi awal-awal pada malam sebelumnya?? Supaya pabila kena bangun mengejut ibarat terkena kejutan elektrik macam pagi tadi, tak ada la baru nak kalut-kalut nak pergi basuh beras dan baru nak masak nasi.

Sila tekan tanpa segan.

Oh, lagi satu, lepas dah masukkan periuk beserta beras dan air yang mencukupi tu, sila la tekan benda alah kat periuk tu sampai bunyi "klik". Bukannya assume tengok dah nyala lampu "Rice cook", engkau selamba je blah, pergi membersihkan diri lama-lama. Pabila balik, tengok-tengok, periuk pun tak memanas lagi.


Mak aih. Makanya, sahur dengan meratah lauk ayam percik dan kentang goreng. Tarak nasi, sebab nasi hanya masak betul-betul saatnya azan Subuh berkumandang.


Aduyai. Penangan jalan kaki ulang alik ke kuliah, yang jaraknya hampir 1 kilometer = 1000 meter, mungkin jugak lebih. Ditambah dengan kalut-kalut berkejar ke masjid negeri kat tengah bandar Kuantan tu sambil main air hujan. Tidur pun tak sedor-sedor. Dengan sakit kepalanya lagi. Aduh..aduh..



F pesan:
Doakan tak kantoi. Sapa kantoikan aku, aku kantoi kan korang balik.
Hahahaha *gelak jahat sikit*

8 comments:

Aku Memang BeGiNi said...

akak pun buat kes mcm ni dulu, tapi bukan bulan pose, terlupa nk tekan punat cooking, time org nk mkn tgk nasik tu tak msk..hahahaha

Roxy zai said...

hehehe..cian nye!! hadoi...lain kali kena chek tul2 taw!!=)


p/s: aku makan roti je, xyah tekan2 hahaa=)

kak ina kl said...

bulan puasa ni dah 2 kali luper tekan ..ha kau..nak makan..nasi tak masak lagi..apa nak buat..dah kertu kannnn

Lovely Bella said...

hehehehe pnah terjadi gakss... telan air liur je laa gamaknyer.. heheh slmt berpose :)

fikah © said...

Aku Memang BeGiNi;
aduuuh.
lagi haru tu kak.
hehehe

fikah © said...

Roxy zai;
hahaha.
maka menu sahurku sudah pun beralih ke roti je.
huhuhu

fikah © said...

kak ina kl;
itula akak.
entah macam mana la boleh tak tertekan benda alah tu.

fikah © said...

Lovely Bella;
hehehe.
same2 telan air liur.
tapi nasib baik mase tu boleh nak ratah2 lauk.
kalau tak memang kebulur la jawabnya.