Sunday, August 29, 2010

Pelajar UIA kemalangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Ini berita penting dan serius. Saya tahu saya tak ramai followers, tak ramai yang baca blog ni, tapi buat sesiapa yang baca, pasti boleh tolong saya. Tolong doakan sahabat-sahabat saya yang baru je menghadapi satu kecelakaan jam 4.30 pagi tadi. Innalillahi waiina ilahi raaji'uun. Boleh baca juga entri teman saya tentang kemalangan ni - Srii.



Dikhabarkan, melalui forwarded SMS yang saya terima, kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta, yang dipercayai telah pun terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah bas. Kesemua mereka merupakan pelajar UIA Kuantan.



Akibatnya:


Seorang mengalami pendarahan luar otak, berkemungkinan mengalami kesan teruk pada bahagian tulang belakang. Dipercayai orang kedua yang agak serius terkena akibat kemalangan tersebut.


Seorang luka di kepala dan mata, dan patah kaki kanan.


Seorang patah kaki.


Seorang, paling teruk. Masih dalam pembedahan dan terpaksa bergantung pada mesin pernafasan. Dan doktor sudah mula berpesan untuk mengajar saudara tersebut mengucap.


Dan seorang lagi ada di wad biasa.





TOLONGLAH DOAKAN MEREKA. Insya-Allah di bulan Ramadhan ni, andai kita sama-sama mendoakan mereka, dengan izin ALLAH S.W.T. mereka dapat melepasi saat-saat getir.



Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. Amiin.




F cakap:

1. Banyak SMS diterima pagi ini. Maka keadaan sebenar saudara-saudara saya masih tak dapat saya pastikan pada pagi ini.

2. Saya mungkin tak mengenali mereka, apatah lagi anda, tapi tak salah jika kita mendoakan mereka kan??

3. Oh, apa yang ditulis adalah berdasarkan SMS yang saya terima, maka jika ada sebarang kesilapan, akan segera saya perbetulkan.

8 comments:

MuNsYi SaMa said...

innalillah. Semoga Allah beri peluang untuk mereka sembuh. Takziah kepada keluarga mangsa.

Sama2 doakan.

I n n z said...

trk nye ,
hopefully tade pape .

izzahfarhana said...

takziah.entah2 yg slalu kak izzah nampak bdk laki nek kete tu ea?biomed kan?eh betul ke ad 2nd year

fikah © said...

MuNsYi SaMa;
innalillah.

alhamdulillah, semua selamat.
cuma saudara yang paling teruk masih perlu bergantung pada life-support machine.

fikah © said...

I n n z;
agak teruk la.
mahunya tak terkejut aku tadi.
sama2 doakan.

fikah © said...

izzahfarhana;
erm, kurang pastila kak izzah, sebab fikah pun tak kenal dorang.
rasenye budak biomed & cts, tapi yang parah tu, memang konpem budak2 biomed.

kawan cakap, keta myvi.

yup3.
ade 2nd year sorang.
budak pharmacy.

fndrocka said...

harap dapat beraya jugak..dan terus study.

fikah © said...

fndrocka;
itulah.
harap dorang cepat sembuh, dapat raya dgn keluarga semua.
dan kembali belajar macam biasa.