Monday, August 9, 2010

Masa sibuk pun tiba

Sebulan yang lepas, masa tidak begitu terisi. Manakan tidak, kalau kelas pada sebelah petang, banyak yang dibatalkan, dan paling best, hampir setiap hari, kelas mula hanya seawal 9.30. Paling lewat, kelas jam 3.30, hari Isnin pulak tu. Jadi masalah Monday blues, memang boleh dihapuskan sama sekali. Hahahaha.



Dah Ogos rupanya kita ni. Waktu ni lah, baru nak kalut siapkan tugasan la, nak kena hafal untuk kuiz dan pop kuiz, dan tak lupa peperiksaan pertengahan semester sebelum pulang raya nanti. Haru..haru..kalau asyik dok nak main-main lagi. Saya sudah serik.



Alhamdulillah, folio Islamic Wordview dah pun disiapkan, dengan tajuk kaw-kaw punya, "End of World from Scientific and Qur'anic Perspectives". Waktu cari-cari info semua tu, terdetik kat hati, "Aku ni, dah cukup bersedia ke nak hadapi Hari Kiamat nanti??" Hari-hari dok tanya soalan tu je.


Lepas tu, dengan timbul macam-macam kisah bunuh-membunuh pulak. Nyawa manusia dah macam tak de nilai. Terbaca pulak hadis Rasulullah S.A.W., pasal dunia akhir zaman ni, memang banyak pembunuhan.

Volume 9, Book 88, Number 183:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Time will pass rapidly, good deeds will decrease, miserliness will be thrown (in the hearts of the people) afflictions will appear and there will be much 'Al-Harj." They said, "O Allah's Apostle! What is "Al-Harj?" He said, "Killing! Killing!"

sumber : Translation of Sahih Bukhari, Book 88



 F cuba belajar dari kesilapan lalu. Masa-masa cuba diisi sebaik mungkin. Nampak sangat sibuk, tapi semuanya, Alhamdulillah, berjalan lancar. Tak boleh nak komplen pasal tak cukup masa la, apa ke, sebab ada terbaca satu artikel, lupa sumbernya. Kalau Rasulullah S.A.W. boleh lakukan pelbagai pekerjaan, walaupun dalam 24 jam, macam kita, jadi pemerintah la, pendakwah la, suami dan bapa lagi, takkan hidup F yang setakat kena belajar ni, tak boleh nak survive kan??



F percaya, kalau pandai urus masa, mesti boleh punya. Padahal tugasan IW tu, dah banyak kali tertangguh. Maaf ya kawan-kawan.

sumber : scribbit

Minggu ni, minggu lebih sibuk dari kebiasaan. Petang Isnin [hari ni], kena hantar folio IW tu dan mungkin ada presentation kot. Malamnya pulak, kena hadir untuk halaqah, yang mana akak naqibah nak periksa bacaan al-Quran. Kuiz Introductory Microbiology, hari Khamis ni. Sabtu, ada kena ke rumah anak-anak yatim, insya-Allah, kalau tak de aral melintang. Betapa bertuahnya F yang masih punya Abah dan Mama.




Mengharapkan benih-benih keinsafan akan terus bercambah, tumbuh dan terus mekar di hati ini..

No comments: