Thursday, August 19, 2010

Ini untuk Mama saya

Tadi, sementara menunggu para jemaah siap solat berjemaah, F hanya duduk-duduk je kat belakang surau, Ternampaklah pulak seorang kana-kanak perempuan kecil, comel sangat. Manja dengan ibunya. Aktifnya dia, toksah cakap, sebab masa orang dok nak solat, memang dia selamba lalu depan jemaah.


Tapi, tengah ibu dia tengah solat, dia duduk depan ibunya. Ibunya cepat-cepat dukung dia, waktu tengah solat. Tak tahu kenapa, rasa sayu pulak. Sebab betapa sabar dan tenang ibunya melayan kerenah si anak. Bila si ibu tengah sujud, si anak pegang kepala ibunya, tak benarkan ibunya duduk di antara dua sujud atau duduk tahiyyat. Tapi sebaik je ibunya dapat duduk, segera diambil si anak, diribakan.



Dan setiap kali selesai solat terawih dua rakaat, langsung tak kedengaran si ibu memarahi si anak. Malahan, dipeluk cium si anak itu. Ya, kerana dia ialah IBU.



*****


Rindu la pulak pada Mama kat rumah. Mama dah sarat sangat, dengan bakal adik F yang kelima. Insya-Allah, lepas raya kot baru bersalin. Maka beza F dan bakal adik bongsu ialah 20 tahun; manakala adik bongsu sekarang dengan bakal adik bongsu pulak, 12 tahun.



Mama sangat penat. Mana nak selesai kerja kat wad di hospital, Mana nak sediakan makanan sahur dan berbuka, mana nak kemas rumah lagi. Biasanya, bulan puasa ni, Mama ambil tempahan buat cornflakes madu, tapi tidak kali ini. Sebab nak membuatnya memang senang, tapi kalau tak dibantu, memang tak ada kudrat untuk Mama buat sorang-sorang.



Tahu tak, apa sahaja Mama cakap, F senang percaya, Dulu, masa sekolah rendah, Mama pernah larang berkawan dengan seseorang ni, katanya, dia bakal bagi pengaruh buruk. F degil, tak mahu ambil port apa yang Mama cakap, maka akibatnya, memang sang kawan itu bukanlah boleh dipanggil sahabat sebenar. Sejak tu, F percaya je apa yang Mama cakap.



Pabila Mama cakap F dah berisi, F tak rasa marah, cuma dok fikir balik, hapekenama makanan aku lantak sampai badan naik semacam ni. Tapi itu cerita 2,3 bulan lepas. Waktu tengah menunggu di terminal bas 2 minggu lepas, kawan datang tegur, "Eh, Fikah nampak kurus la sekarang!!" F macam percaya, tapi tak lekat kat hati pun.



Tapi sampai je kat rumah, terus tanya Mama, "Kawan Along cakap, Along dah makin kurus, iye ke Ma??". Tanpa mengharapkan apa-apa, "Mama pun rasa Along dah kurus, muka pun dah nampak macam cengkung sikit." Gembira bukan kepalang dengar, sebab Mama yang cakap. Sebab Mama itu ibu saya.




Mama wanita cekal. Kuat semangat. Waktu Abah sakit kanser 5 tahun lepas pun, langsung tak menitiskan air mata depan Abah, padahal kat belakang, dok asyik peluk F sambil teresak-esak nangis. Sebab Mama ada kepakaran sebagai seorang jururawat, jadi Mama la yang uruskan semuanya; dari pasang IV drip sampailah tugas-tugas lain - uruskan pakaian Abah, suapkan makanan, sapukan ubat.



Oh, lupa nak cakap, Mama tak cengeng ya. Waktu berpisah, bila mana F nak masuk asrama, Mama la paling kuat tahan tak menangis punya. Abah pun kalah, sebab Abah mesti sebak sikit-sikit anak dia ni nak pi jauh dari keluarga. Hehehe.



Dah ucap "Saya sayang mama / ibu/ emak / mummy" pada ibu anda??


Dah peluk cium ibu anda??


Hargai mereka sementara mereka masih menemani kita di dunia ni.

No comments: