Sunday, August 29, 2010

Iftor berduaan di Black Canyon Coffee

Macam lawak tajuk "berduaan" kat atas tu. Kalau itu hari, iftor sorang-sorang, buka puasa hanya bertemankan cahaya laptop Acerku dan bunyi kipas siling, kali ini tidak lagi.



Galpren, atau nama sebenarnya Aishah Liyana [hahaha, amek ko Sha, aku letak nama panjang ko]. ajak keluar makan-makan kat luar untuk buka puasa petang semalam. Kitorang dah lama sangat dah merancang itu ini, tapi baru semalam dapat betul-betul keluar makan. Ajak pulak makan kat restoran Black Canyon, East Coast Mall, Kuantan. Padahal sebelum2 ni, kalau lalu, sekadar tengok je, sebab bajet macam mahal.



Dalam pukul 6 macam tu baru sampai ECM segala. Sekali masuk, tengok orang dok ramai pulun nak beli donat-donat Big Apple. Gila laku weh!! Sampai akak yang hantar kitorang pun kalut2 nak beli jugak, sebab katanya, takut habis. "Takut habis???", tak pernah dengar sampai macam tu sekali orang dok berebut nak makan Big Apple.



Rupanya, bersebab. Orang dok beli donat tu, buat lapik perut waktu buka puasa, sebab biasanya, restoran2 semua dah "fully booked", "fully reserved", takpun "full house". Jadi kena tunggu second round, yakni makan lepas solat Maghrib. Samala macam kitorang, Black Canyon tak boleh nak masuk dah untuk buka puasa dan dorang hanya ambil tempahan untuk second round je. Nak cite betapa ramainya orang kat situ.



Lapik perut dengan chicken wholemeal sandwich dari Rotiboy. Itu pun ngam2 tinggal dua untuk kami. Solat Maghrib dulu, pukul 8.10 baru pergi balik Black Canyon. Itupun dorang dok asyik call, konpemkan kitorang nak datang ke tak. Mahunya tak, dah bayar deposit RM 50 tu. Hehehehe.



Maka, mari kita tengok apa yang dimakan. Tahan lapar yek korang, di siang-siang hari kena tengok gambar makanan ni. Hehehehe.

Iced chocolate


Fettuccine with seafood and chilli paste
Ini Sha punya.



Mine [lupa nama daa, tapi sedap!!]

Keseluruhannya, sedap dan memuaskan. F bagi 4 bintang!! Oh, tambahan 0.8 poin, sebab layanan yang baik. Jadi, 4.8 bintang gitu!! Harga pun berpatutan, dengan tambahan 5% cukai dan 10% servis dari harga setiap makanan.




Highly recommended!!!

4 comments:

miss faten said...

NAMPAK SEDAPPPPNYAAAAAAA <33
Pergh sedap, macam tengah makan pulak :D

sri said...

ohmaigod!!!!!!!!
AYAM DIA~~~

fikah © said...

miss faten;
bukan setakat nampak sedap, memang SEDAP!!!
kena cuba tau!!

fikah © said...

sri;
iye2.
ayam dia besor weh.
ayam sekor belah empat.
aku perasan gambar tu nampak kecik je ayamnya.
tapi memang agak besar.