Friday, August 27, 2010

Buka puasa sendirian

Langit senja UIA Kuantan

 Huhuhu. Hari ni, hari ke-16 Ramadhan, iftor atau berbuka puasa sorang-sorang je. Kalau diikutkan rasa hati, dah lama meraung menangis sebab, biasanya, buka puasa mesti ada bertemankan kawan-kawan, tak pun buka puasa ramai-ramai dalam majlis khas.


Tapi, tidak kali ni.


Sayu?? Sikit-sikit tu ada la. Tiba-tiba rasa macam nak lari pergi terminal bas Kuantan, beli tiket dan balik rumah kat Kubang Kerian, Kelantan nuu. Tapi mengenangkan kudrat yang tak seberapa nak ada ni, dan pagi Jumaat depan dah nak balik dah, maka hasrat pun ditangguhkanlah dulu.



Bukan tak ada kawan-kawan yang nak meneman, Mira pun dah ajak buka puasa sama-sama kat blok lain, tapi tak larat la pulak rasa badan nak pergi. Rumet 1 buka puasa sambil sambut ulang tahun temannya, rumet 2 iftor bersama ahli-ahli usrah dia.



Maka, nak tak nak, F tinggal keseorangan. Nak masak nasi, macam tak sempat je tadi.


Kenalkan teman-teman saya - Mr Acer & Miss GS
KFC Original Snack Plate & KFC Potato Wedges

Sorang tak sorang pun, menu berbuka memang tak nak kalah wooo. Ada sebungkus Kepsi, beli snack plate original KFC, tambah ngan pepsi floatnya dan potato wedges. Oh, bukan cheezy wedges, sebab tak lalu sangat tekak nak melayan mayonis campur keju kat wedges tu, untuk buka puasa ni.



Oh, mana dapat?? Lepas kelas makmal Introductory Microbiology, terus kejar naik bas untuk balik asrama dan Mira gi ambil kereta yang disewa RM 5/sejam. Keluar teman dia dan Mr Z dan Mr K pergi tengok ikan-ikan kat pet shop. Dorang borong beli ikan la tuu.



Lepas hantar Mr Z dan Mr K [malas nak sebut nama penuh] balik, [p/s: macam kelakar pulak kan perempuan hantar kawan lelaki balik], kami ke East Coast Mall. Mengidam nak telan kepsi seketul dua. Solat Asar kat surau sana, beli kepsi dan terus balik.


Menu buka puasa 16 Ramadhan

Begitulah sahaja alkisahnya buka puasa sorang-sorang hari ni.



Sebenarnya, ingat lepas terawih nak hapdet terus, tapi, kondisi tak mengizinkan tadi.



F cakap:
Maafkan kualiti gambar yang diambil dari henset Sony Ericsson W508, yang hanya berpaksikan kamera 3.2 megapixel je. Tapi kalau nak gambar lagi cantik, bolehla tunaikan hajat saya untuk dapatkan Lumix GF 1.

6 comments:

Nurul Zaty said...

lah.awat buka sorang2?
awat x mai tdi..wuu

tdi pon i tdo smpai kul 7 ptg..
bgun2 blur je trus makan..huu

ptg tdi igt nk gi lepak2 n smbg2 kt u tau..wuu

Sufee Yusli said...

eeh we're the same la buka puasa sorang2.. he3 but your menu is much more meriah than mine.. ha3

I n n z said...

mkn nk hebat .
haha

fikah © said...

Nurul Zaty;
heee.
saya malas dan tak larat nak jalan.
sebab tu tak pergi.
mira dah puas ajak dah.

fikah © said...

Sufee Yusli;
eh ye ke??
what a coincidence!!
menu apa yang kurang meriah tu??

fikah © said...

I n n z;
MESTI!!
kalau tak, lagi haru sebab dah la bukak sorang2, pastu makan tak hebat.
jadi, menu mesti kaw2 punya la!!