Tuesday, August 31, 2010

Sudah 53 rupanya

Syukur dipanjatkan pada Tuhan yang Maha Esa, kerana aku masih diizinkan bernafas untuk melihat negaraku telah pun mencapai angka kemerdekaan ke-53. Tapi, serius aku ingin persoalkan diri aku sendiri, kenapakah rasa ingin menyambutnya seakan-akan tiada?? Langsung tidak seteruja tahun-tahun sebelumnya.



Oh, mungkin sebab aku tak kibar bendera kot untuk seminggu dua ni, dalam bulan Ogos ni?? Tapi fikir-fikir balik, TIDAK!! Bukan itu.



Ke sebab aku tak dengarkan lagu-lagu berunsurkan kemerdekaan pada telingaku, maka aku sudah tidak punya hati dan perasaan untuk menyambutnya?? Rasanya pun, BUKAN!!



Sebab aku insan lemah. Sebab aku rasa aku tak berbuat apa-apa pun untuk selamatkan negara ni. Bukan lagi dari ancaman penjajah Inggeris mahupun komunis, tapi dari segi penjajahan mentaliti.


Apa yang kita sumbangkan dekat negara kita? Kebaikan? atau sampah semata?

Kau tahu, aku persoalkan diri sendiri, merdekakah kita, pabila kau atau aku dengan selamba buang sampah merata-rata?? Kata sayang sangat pada negara ni, tapi kenapa harus dikotorkan??



Lagi sayu, pabila aku tanyakan lagi pada diri aku, merdekakah kita, pabila aku lihat teman-teman aku masih hanyut, dan aku hanya mampu terus mampu melihat tanpa ada belas untuk membantu??



Aku terus bertanya, merdekakah kita pabila saban hari aku akan ternanti-nanti khabar berita, bayi comel manakah yang bakal dibuang?? Di manakah tempatnya kali ini?? Tong sampah, sungai ataupun papan tanda??!!!




Merdekakan minda,hati dan cara pemikiran anda, barulah anda berhak menyambut kemerdekaan.

Tetapkan aqidah,mantapkan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam diri setiap generasi muda sekarang.


Penatlah mahu mengomel pasal kisah sama sahaja tiap-tiap hari. TIAP-TIAP HARI tahu?? Agaknya, mesti ada yang bakal persoalkan kewarganegaraan aku, patriotisme aku, pabila aku katakan aku sudah hilang rasa merdeka, sebab sememangnya, aku tak rasa aku betul-betul layak menyambut hari merdeka ini. Erti itu sudah makin lenyap dari dalam diri aku.



Salahkan siapa??



Apap-apa pun aku coretkan, hanya bersifat peribadi, dari sisi aku sendiri. Tetap takkan dapat mengubah hakikat dan realiti bahawa Malaysiaku yang tercinta sudah 53 rupanya.


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..




Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-53, Malaysiaku. Semoga diizinkan Allah bertemu lagi pada tahun hadapan.




F cakap:

Jom fokus kejar lailatul qadar!!

Monday, August 30, 2010

Random Updates 3!!

Mahu cepat-cepat ni.


[1] Kadar kelembapan internet makin menjadi-jadi mengalahkan sang kura-kura sewaktu berlumba lari dengan si arnab.


[2] Maka, kadar blogwaking dan hapdet blog pun turut jatuh menjunam disebabkan nombor 1 itu.


[3] Hanya dapat blogwalking dan hapdet blog pada waktu sahur, di mana kena kalut nak sahur, waktu tu jugak la nak hapdet segala.


[4] Masa hujung minggu dihabiskan dengan keTIDURan, konon2 ganti tidur untuk 2,3 minggu sebelumnya, yang tidur sangat tak tetap.


[5] Tak lupa juga, dihabiskan dengan makan sakan waktu berbuka puasa di Black Canyon Coffee, Sabtu lepas.


[6] Langsung tak luangkan masa untuk study Introductory Microbiology, yang mana mid-sem exam untuk subjek tersebut bakal mengambil tempat pada hari Khamis ini.


[7] Alhamdulillah, khabarnya, saudara yang mengalami kemalangan dan terimpak teruk itu, sudah stabil, tapi kritikal, sebab masih perlu bergantung pada mesin bantu hayat. Teruskan berdoa untuknya, insya-Allah, mudah dimakbulkan di bulan Ramadhan penuh rahmat dan berkat ni.


[8] Tiap-tiap hari asyik teringat nak balik rumah. Sangat-sangat-sangat homesick woh!!


[9] Kena ingatkan diri supaya berbelanja dengan lebih berhemah sebab selalu je tangan gatal mahu beli itu dan ini. Nasib baiklah kawan sempat menghalang.


[10] Pulang cuti raya pada Jumaat ini, insya-Allah, waktu pagi, ke Kelantanku yang tercinta!!!




F cakap:

Jom kejar Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir Ramadhan ini. Target untuk sempurnakan solat wajib, target untuk bangun malam [qiyamullail] dan solat sunat, target baca 100 ayat al-Quran setiap hari, target puasa bukan di perut sahaja, bahkan mata, telinga, mulut, tangan dan hati, target untuk lebih banyak bersabar, target untuk lebih bersangka baik dan macam-macam lagi.

Sunday, August 29, 2010

Pelajar UIA kemalangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Ini berita penting dan serius. Saya tahu saya tak ramai followers, tak ramai yang baca blog ni, tapi buat sesiapa yang baca, pasti boleh tolong saya. Tolong doakan sahabat-sahabat saya yang baru je menghadapi satu kecelakaan jam 4.30 pagi tadi. Innalillahi waiina ilahi raaji'uun. Boleh baca juga entri teman saya tentang kemalangan ni - Srii.



Dikhabarkan, melalui forwarded SMS yang saya terima, kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta, yang dipercayai telah pun terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah bas. Kesemua mereka merupakan pelajar UIA Kuantan.



Akibatnya:


Seorang mengalami pendarahan luar otak, berkemungkinan mengalami kesan teruk pada bahagian tulang belakang. Dipercayai orang kedua yang agak serius terkena akibat kemalangan tersebut.


Seorang luka di kepala dan mata, dan patah kaki kanan.


Seorang patah kaki.


Seorang, paling teruk. Masih dalam pembedahan dan terpaksa bergantung pada mesin pernafasan. Dan doktor sudah mula berpesan untuk mengajar saudara tersebut mengucap.


Dan seorang lagi ada di wad biasa.





TOLONGLAH DOAKAN MEREKA. Insya-Allah di bulan Ramadhan ni, andai kita sama-sama mendoakan mereka, dengan izin ALLAH S.W.T. mereka dapat melepasi saat-saat getir.



Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. Amiin.




F cakap:

1. Banyak SMS diterima pagi ini. Maka keadaan sebenar saudara-saudara saya masih tak dapat saya pastikan pada pagi ini.

2. Saya mungkin tak mengenali mereka, apatah lagi anda, tapi tak salah jika kita mendoakan mereka kan??

3. Oh, apa yang ditulis adalah berdasarkan SMS yang saya terima, maka jika ada sebarang kesilapan, akan segera saya perbetulkan.

Iftor berduaan di Black Canyon Coffee

Macam lawak tajuk "berduaan" kat atas tu. Kalau itu hari, iftor sorang-sorang, buka puasa hanya bertemankan cahaya laptop Acerku dan bunyi kipas siling, kali ini tidak lagi.



Galpren, atau nama sebenarnya Aishah Liyana [hahaha, amek ko Sha, aku letak nama panjang ko]. ajak keluar makan-makan kat luar untuk buka puasa petang semalam. Kitorang dah lama sangat dah merancang itu ini, tapi baru semalam dapat betul-betul keluar makan. Ajak pulak makan kat restoran Black Canyon, East Coast Mall, Kuantan. Padahal sebelum2 ni, kalau lalu, sekadar tengok je, sebab bajet macam mahal.



Dalam pukul 6 macam tu baru sampai ECM segala. Sekali masuk, tengok orang dok ramai pulun nak beli donat-donat Big Apple. Gila laku weh!! Sampai akak yang hantar kitorang pun kalut2 nak beli jugak, sebab katanya, takut habis. "Takut habis???", tak pernah dengar sampai macam tu sekali orang dok berebut nak makan Big Apple.



Rupanya, bersebab. Orang dok beli donat tu, buat lapik perut waktu buka puasa, sebab biasanya, restoran2 semua dah "fully booked", "fully reserved", takpun "full house". Jadi kena tunggu second round, yakni makan lepas solat Maghrib. Samala macam kitorang, Black Canyon tak boleh nak masuk dah untuk buka puasa dan dorang hanya ambil tempahan untuk second round je. Nak cite betapa ramainya orang kat situ.



Lapik perut dengan chicken wholemeal sandwich dari Rotiboy. Itu pun ngam2 tinggal dua untuk kami. Solat Maghrib dulu, pukul 8.10 baru pergi balik Black Canyon. Itupun dorang dok asyik call, konpemkan kitorang nak datang ke tak. Mahunya tak, dah bayar deposit RM 50 tu. Hehehehe.



Maka, mari kita tengok apa yang dimakan. Tahan lapar yek korang, di siang-siang hari kena tengok gambar makanan ni. Hehehehe.

Iced chocolate


Fettuccine with seafood and chilli paste
Ini Sha punya.



Mine [lupa nama daa, tapi sedap!!]

Keseluruhannya, sedap dan memuaskan. F bagi 4 bintang!! Oh, tambahan 0.8 poin, sebab layanan yang baik. Jadi, 4.8 bintang gitu!! Harga pun berpatutan, dengan tambahan 5% cukai dan 10% servis dari harga setiap makanan.




Highly recommended!!!

Saturday, August 28, 2010

Siapa saya??

Kredit : tingsjarb

Rupanya, personaliti F ni jenis yang suka berangan, bermimpi, dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Macam mana tahu?? Bila dah buat personality test tu, dapatla keputusannya, yang F ni DI, Dreamy Idealist ya, bukan Duyung Ikan [eh, bukan Ikan Duyung ke??].


Antara sifat yang boleh dikaitkan dengan seorang DI ni ialah:

  • introverted [agaklah..sebab nak kata F ni extrovert atau yang jenis huha huha sangat, tak de la]
  • theoretical [semua benda pun mesti nak kena ikut teori maa]
  • emotional [oh, sangat-sangat-sangat emosional]
  • spontaneous [bergantung pada keadaan..boleh jadi random dengan tiba-tiba je]
  • idealistic [banyak idea, tapi kadang-kadang tak terluah..sekadar lekat dalam kepala je]

Kredit : blogs.glam.com
  • dreamy [kuat berangan-angan..tentang macam-macam..terutamanya pasal masa depan]
  • effusive [ni maksudnya F jenis yang suka ekspreskan rasa syukur dan terima kasih pada orang..hurm..adala jugak..hehehe]
  • pleasant [ermm..annoying ade la]
  • reserved [so true..hanya ngam dengan orang satu kepala je, tapi boleh je slow2 nak masuk geng dengan orang lain]
  • friendly [ini bergantung pada keadaan..kalau mood ok, memang boleh jadi sangat-sangat-sangat friendly la]
  • passionate [contohnya kat blog ni..memang sepenuh jiwa dan raga nak mantapkan blog ni..tapi ikut keadaan jugak..dan masa yang terluang]
  • loyal [BETUL!!! walaupun hanya sekadar suka dari jauh, tapi dah suka orang tu dekat dua tahun dah..tapi kadang-kadang ada rasa tergugat sikit2 bila ada orang lain nak mendekati]
  • perfectionist [kurang pasti la..kena tanya orang yang kenal F]
  • helpful [bersedia nak tolong kalau ada masalah..masalah cintakah?? hahaha]
  • composed [maksudnya, boleh kawal perasaan dan ekspresi..hurm..tapi kalau jumpa orang yang disukai, boleh kalut jugak sikit-sikit]
  • curious [semua benda pun mesti mahu tahu maa]
  • obstinate [susah nak ubah keputusan atau apa-apa je..macam betul je..]
Kredit : forums.nativemyanmar.com

  • with integrity [kena cek diri balik..cukup berintegriti ke ni]
  • willing to make sacrifices [untuk sesiapa saja..]
Kredit : valentinewallpapers.in

  • cautious [sekali dah terluka, sekali dah melukai..memang berhati-hati sangat dah]
  • shy [saya PEMALU ok]
  • peace-loving [kadang-kadang tu mahu cari gaduh jugak..hahaha]
Kredit : wordylefty

  • vulnerable [terdedah untuk terluka..hurm..betul..betul..betul..]
  • communicative [bolehla kalau nak diajak beborak sikit]
  • imaginative [terbayang macam-macam daa]



Siapa mahu tahu kamu tergolong dalam personaliti jenis apa, sila la klik : ipersonic.com
Siap boleh cek lagi bagaimana personaliti kamu dalam alam pekerjaan dan percintaan. Cheewaah!!

Friday, August 27, 2010

Buka puasa sendirian

Langit senja UIA Kuantan

 Huhuhu. Hari ni, hari ke-16 Ramadhan, iftor atau berbuka puasa sorang-sorang je. Kalau diikutkan rasa hati, dah lama meraung menangis sebab, biasanya, buka puasa mesti ada bertemankan kawan-kawan, tak pun buka puasa ramai-ramai dalam majlis khas.


Tapi, tidak kali ni.


Sayu?? Sikit-sikit tu ada la. Tiba-tiba rasa macam nak lari pergi terminal bas Kuantan, beli tiket dan balik rumah kat Kubang Kerian, Kelantan nuu. Tapi mengenangkan kudrat yang tak seberapa nak ada ni, dan pagi Jumaat depan dah nak balik dah, maka hasrat pun ditangguhkanlah dulu.



Bukan tak ada kawan-kawan yang nak meneman, Mira pun dah ajak buka puasa sama-sama kat blok lain, tapi tak larat la pulak rasa badan nak pergi. Rumet 1 buka puasa sambil sambut ulang tahun temannya, rumet 2 iftor bersama ahli-ahli usrah dia.



Maka, nak tak nak, F tinggal keseorangan. Nak masak nasi, macam tak sempat je tadi.


Kenalkan teman-teman saya - Mr Acer & Miss GS
KFC Original Snack Plate & KFC Potato Wedges

Sorang tak sorang pun, menu berbuka memang tak nak kalah wooo. Ada sebungkus Kepsi, beli snack plate original KFC, tambah ngan pepsi floatnya dan potato wedges. Oh, bukan cheezy wedges, sebab tak lalu sangat tekak nak melayan mayonis campur keju kat wedges tu, untuk buka puasa ni.



Oh, mana dapat?? Lepas kelas makmal Introductory Microbiology, terus kejar naik bas untuk balik asrama dan Mira gi ambil kereta yang disewa RM 5/sejam. Keluar teman dia dan Mr Z dan Mr K pergi tengok ikan-ikan kat pet shop. Dorang borong beli ikan la tuu.



Lepas hantar Mr Z dan Mr K [malas nak sebut nama penuh] balik, [p/s: macam kelakar pulak kan perempuan hantar kawan lelaki balik], kami ke East Coast Mall. Mengidam nak telan kepsi seketul dua. Solat Asar kat surau sana, beli kepsi dan terus balik.


Menu buka puasa 16 Ramadhan

Begitulah sahaja alkisahnya buka puasa sorang-sorang hari ni.



Sebenarnya, ingat lepas terawih nak hapdet terus, tapi, kondisi tak mengizinkan tadi.



F cakap:
Maafkan kualiti gambar yang diambil dari henset Sony Ericsson W508, yang hanya berpaksikan kamera 3.2 megapixel je. Tapi kalau nak gambar lagi cantik, bolehla tunaikan hajat saya untuk dapatkan Lumix GF 1.

Monday, August 23, 2010

Pesanan #1 : Masak nasi

Bukan milik F, tapi pemilik sebenar terpaksa dirahsiakan.

Okey. Dah tahu engkau tu terbangun sahur pukul 5++ pagi [itu dah kira terlambat], boleh tak engkau masak nasi awal-awal pada malam sebelumnya?? Supaya pabila kena bangun mengejut ibarat terkena kejutan elektrik macam pagi tadi, tak ada la baru nak kalut-kalut nak pergi basuh beras dan baru nak masak nasi.

Sila tekan tanpa segan.

Oh, lagi satu, lepas dah masukkan periuk beserta beras dan air yang mencukupi tu, sila la tekan benda alah kat periuk tu sampai bunyi "klik". Bukannya assume tengok dah nyala lampu "Rice cook", engkau selamba je blah, pergi membersihkan diri lama-lama. Pabila balik, tengok-tengok, periuk pun tak memanas lagi.


Mak aih. Makanya, sahur dengan meratah lauk ayam percik dan kentang goreng. Tarak nasi, sebab nasi hanya masak betul-betul saatnya azan Subuh berkumandang.


Aduyai. Penangan jalan kaki ulang alik ke kuliah, yang jaraknya hampir 1 kilometer = 1000 meter, mungkin jugak lebih. Ditambah dengan kalut-kalut berkejar ke masjid negeri kat tengah bandar Kuantan tu sambil main air hujan. Tidur pun tak sedor-sedor. Dengan sakit kepalanya lagi. Aduh..aduh..



F pesan:
Doakan tak kantoi. Sapa kantoikan aku, aku kantoi kan korang balik.
Hahahaha *gelak jahat sikit*

Sunday, August 22, 2010

You're annoying!!

It's still early in the morning, yet you're already annoyed me. Pity me, but I pitied her more. Do you have to be like that haa?? Have some conscience in you, my friend. Don't you think you're actually disturbing her, haa??


I could be damn annoying when people start first. Do you really want me to show that?? Again, poor her. It's because of you.


Now, I'm losing my interest to revise the management subject. I'll put the blame on you if anything happens.

Hectic week

Starting from last week, it had been such a hectic week for me. I don't know if this would also apply to other Biotech students, but I got freaking exhausted almost everyday.


Starting with Islamic Worldview : The End of the World from Qur'anic and Scientific Perspectives presentation on Monday, Organic Chemistry lab session in the Tuesday's afternoon, and another presentation on Introductory Microbiology, of Actinomycetes, and at the same time, got to send the previous week lab report, oh, those really worn my energy out. I could barely breathe.


And on Friday morning, I got to do my hafazan of 22 Suras, from ad-Dhuha to an-Naas in front of my Tilawah class ustaz.


The exam mode has to be to turned on, starting from today, Sunday, because I will have my mid-sem exam of Principles and Practical of Management in the evening. Has covered 2-3 chapters, and got another one more to finish. Yet, I still had time to hang out with my friends at a restaurant in Tanjung Lumpur. And that, would be story-told later on.


Oh, after I finish my exam, I have to attend my Halaqah session, to break fast with other members, at the state mosque.


I wish I would still have some energy left to proceed my life to another busy week, next week.

Saturday, August 21, 2010

Aksi terlampau

Geramnya!!! Rasa nak hantuk-hantuk je kepala sendiri tengok aksi sekor-sekor ni. Boleh pulak buat macam-macam gaya yang tak pernah F nak terfikir.

Kredit : growabrain
Ahhh!!
Takde maknanya nak cakap TIDAK.
Sebab mesti tengok.


Ini aksi terlampau yang disaksikan depan mata. Tahu-tahu je F nak ambil gambar dia, terus posing baek punya.

Cencored btoi dia ni.


Hahaha. Dia memang suka mencapub. Memang tak leh blah dengan dia bergaya sakan setiap kali F nak snap gambar dia.

Poyo..

Tapi kan, paling suka masa dia tidur. Rasa macam comel sangat-sangat-sangat!! Dia suka buang tebiat tidur kat bawah kerusi, tak pun kat sebelah almari bilik Abah. Dan kadang-kadang tidur jugak kat celah-celah pasu bunga sebab kat situ teduh dan sejuk.




OH, lupa pulak!! Aksi yang terlampau, baek punya mesti tengok, ialah dalam video ni. Nak gelak tu, toksah cerita la, tapi kesian pun ada tengok dorang ni.



Kredit : kjpar7 @ Youtube.com

Dah lebih 39 juta (sila gantikan juta itu, dengan enam digit 0) orang kat seluruh dunia tengok video ni. F dapat tahu pun, dari adik F sebab dia kongsi kat Fesbuk.

Sukar melupakan..

Kredit : lovinghugs.com

Pernah tak tiba-tiba hadir rasa rindu pada seseorang yang pernah disayangi, yang dahulunya setiap masa lekat di ingatan??


Pernah tak rasa tergerak hati suatu hari untuk ambil tahu tentang si dia yang hampir dilupakan??


Pernah tak terngiang-ngiang di telinga lagu yang dulunya selalu disenandungkan bersamanya??


Pernah tak muka terasa pijar, kemerahan tanpa disedari sebaik terlihat gambar si dia??


Pernah tak hati berdegup kencang walaupun dia sekadar mengucapkan "Hai" setelah sekian lama??


Pernah tak bibir sentiasa ingin mengukir senyuman lantaran mengetahui si dia masih mengingati kita??


Pernah tak kerja jadi tunggang-langgang tatkala si dia menge'buzz' YM kita secara tiba-tiba??


Pernah tak lidah jadi kelu, diam seribu bahasa kerana terserempak dengan si dia tanpa disangka-sangka??



Ya..dia sudah kembali menakluki hati ini, yang suatu saat dulunya hanya terukir indah namanya.


Kredit : hanamin
Diambil dari : SYC

Thursday, August 19, 2010

Ini untuk Mama saya

Tadi, sementara menunggu para jemaah siap solat berjemaah, F hanya duduk-duduk je kat belakang surau, Ternampaklah pulak seorang kana-kanak perempuan kecil, comel sangat. Manja dengan ibunya. Aktifnya dia, toksah cakap, sebab masa orang dok nak solat, memang dia selamba lalu depan jemaah.


Tapi, tengah ibu dia tengah solat, dia duduk depan ibunya. Ibunya cepat-cepat dukung dia, waktu tengah solat. Tak tahu kenapa, rasa sayu pulak. Sebab betapa sabar dan tenang ibunya melayan kerenah si anak. Bila si ibu tengah sujud, si anak pegang kepala ibunya, tak benarkan ibunya duduk di antara dua sujud atau duduk tahiyyat. Tapi sebaik je ibunya dapat duduk, segera diambil si anak, diribakan.



Dan setiap kali selesai solat terawih dua rakaat, langsung tak kedengaran si ibu memarahi si anak. Malahan, dipeluk cium si anak itu. Ya, kerana dia ialah IBU.



*****


Rindu la pulak pada Mama kat rumah. Mama dah sarat sangat, dengan bakal adik F yang kelima. Insya-Allah, lepas raya kot baru bersalin. Maka beza F dan bakal adik bongsu ialah 20 tahun; manakala adik bongsu sekarang dengan bakal adik bongsu pulak, 12 tahun.



Mama sangat penat. Mana nak selesai kerja kat wad di hospital, Mana nak sediakan makanan sahur dan berbuka, mana nak kemas rumah lagi. Biasanya, bulan puasa ni, Mama ambil tempahan buat cornflakes madu, tapi tidak kali ini. Sebab nak membuatnya memang senang, tapi kalau tak dibantu, memang tak ada kudrat untuk Mama buat sorang-sorang.



Tahu tak, apa sahaja Mama cakap, F senang percaya, Dulu, masa sekolah rendah, Mama pernah larang berkawan dengan seseorang ni, katanya, dia bakal bagi pengaruh buruk. F degil, tak mahu ambil port apa yang Mama cakap, maka akibatnya, memang sang kawan itu bukanlah boleh dipanggil sahabat sebenar. Sejak tu, F percaya je apa yang Mama cakap.



Pabila Mama cakap F dah berisi, F tak rasa marah, cuma dok fikir balik, hapekenama makanan aku lantak sampai badan naik semacam ni. Tapi itu cerita 2,3 bulan lepas. Waktu tengah menunggu di terminal bas 2 minggu lepas, kawan datang tegur, "Eh, Fikah nampak kurus la sekarang!!" F macam percaya, tapi tak lekat kat hati pun.



Tapi sampai je kat rumah, terus tanya Mama, "Kawan Along cakap, Along dah makin kurus, iye ke Ma??". Tanpa mengharapkan apa-apa, "Mama pun rasa Along dah kurus, muka pun dah nampak macam cengkung sikit." Gembira bukan kepalang dengar, sebab Mama yang cakap. Sebab Mama itu ibu saya.




Mama wanita cekal. Kuat semangat. Waktu Abah sakit kanser 5 tahun lepas pun, langsung tak menitiskan air mata depan Abah, padahal kat belakang, dok asyik peluk F sambil teresak-esak nangis. Sebab Mama ada kepakaran sebagai seorang jururawat, jadi Mama la yang uruskan semuanya; dari pasang IV drip sampailah tugas-tugas lain - uruskan pakaian Abah, suapkan makanan, sapukan ubat.



Oh, lupa nak cakap, Mama tak cengeng ya. Waktu berpisah, bila mana F nak masuk asrama, Mama la paling kuat tahan tak menangis punya. Abah pun kalah, sebab Abah mesti sebak sikit-sikit anak dia ni nak pi jauh dari keluarga. Hehehe.



Dah ucap "Saya sayang mama / ibu/ emak / mummy" pada ibu anda??


Dah peluk cium ibu anda??


Hargai mereka sementara mereka masih menemani kita di dunia ni.

Wednesday, August 18, 2010

Kimi ga Ireba (If You're Here)


Instructions:

1. Put your iTunes/Napster/Zune Player/WinAmp/mp3/mp4/ipod/windows media player/mixpod/etc on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!

4. Tag 10 or more friends who might enjoy doing this.

not tagging anyone, but if you're interested, just do it.




IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
[Mystery - B2st / Beast]

LOL..it's all a mystery, that's what I'll say.


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

[JoJo - ShinEE]

Is that a clue that I actually like a guy named JoJo??it's a girl's name tho.



HOW DO YOU FEEL TODAY?
[2 Different Tears - Wonder Girls]

This is soooo true!!Felt like crying, but in two different feelings. 


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

[Abracadabra - Brown Eyed Girls]

Wishing for a miracle.


WHAT IS YOUR MOTTO?

[Time To Love (TTL) - T-ara & Supernova (Choshinsung)]

Yeah, baby!!It's time for me to love and be loved.LOL

 
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
[So Hot - Wonder Girls]

Am I??


WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?

[Futatsu no Kuchibiru - EXILE]

 ???

 
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
[Love Like This - SS501]

Why do I have to "Love Like This"??


WHAT IS 2+2?

[Toki wo Tomete - Tohoshinki]

???

 
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
[Siren - Eun Ji Won]

She is my siren of life, perhaps??


WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

[Tired of Waiting - 2PM]

Yeah..lately, feeling kinda tired to wait for him.


WHAT IS YOUR LIFE STORY?

[I Go Crazy Because of You - T-ara]

Almost went crazy because of him.


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

[HEY!(Don't bring me down) - DBSK / TVXQ]

I don't wish people to bring me down.

 
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
[Chu~ - f(x)
]
Ohmoo!!??


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU

[Sign - Brown Eyed Girls]

A good sign..??


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

[I Need a Girl (feat G-Dragon) - Tae Yang
]
Oh, I guess this would apply to my groom-to-be.
 

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
[Lies (Gojitmal) - T-ara
]
No comment.

 
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
[HuH (Hit Ur Heart) - 4 Minute]
Indeed this is my favourite for the moment. I guess I love to hit my heart??!!


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
 
[BONAMANA (min-ah) - Super Junior]
In a simple word, B-E-A-U-T-I-F-U-L.
 

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
[Heartbeat - 2PM]

My heart stops beating.

HOW WILL YOU DIE?

[Take Care of My Girlfriend (Say No) - B2ST / Beast]

Hurm..take care of yourself girls..


WHAT IS YOUR BIGGEST REGRET?

[Oh! - SNSD / Girls' Generation]

OH!!It's a top secret.


WHAT MAKES YOU LAUGH?

[12.34 (Nothing Better) - DBSK / TVXQ]

Rather than laughing, this song makes me cried all the times.


WHAT MAKES YOU CRY?

[Sorry, Sorry - Super Junior]

This should be the one that I would laugh to, because I'll automatically dance to this song.

 
WILL YOU EVER GET MARRIED?
[Love Bye Love - DBSK / TVXQ]

Goodbye, my love~~

 
WHAT SCARES YOU THE MOST?
[Run Devil Run - SNSD / Girls' Generation]

Gotta run from the devil!!

 
DOES ANYONE LIKE YOU?
[Without U - 2PM]

I-DON'T-THINK-SO!!


IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?

[Shock - B2ST / Beast]

My shock??


WHAT HURTS RIGHT NOW?

[Nobody - Wonder Girls]

hurm~~ 


WHAT WILL YOU POST THIS AS?

[Kimi ga Ireba (Beautiful Love ost) - Xiah Junsu]

Tuesday, August 17, 2010

Wishlist #2

Panasonic Lumix GF1

Kredit : uncrate.com


Dah lama sebenarnya terliurkan benda alah ni. Tapi terpaksa berangan-angan dan membina mimpi di awangan, sebab mak aih, harganya, dah dapat beli sebijik DSLR dah ni. Usha punya usha, harga kat Jepun murah sikit, tapi masuk Malaysia je, dah dekat RM 3 ribu. Nampak gaya, kena mintak kezenku yang kerja kapal, selalu jalan-jalan kat Jepun, tolong belikan.

Kredit : pahing.com



Mahal sebab fungsinya dikhabarkan bahawa hampir menyerupai DSLR, cuma saiznya hanya separuh daripada DSLR yang selalu kita tengok tu. Ringan ke tidak tu, teman tak pasti la pulak. Kena gi pegang dan sentuh kat depan mata di kedai kamera, barulah boleh tahu.





Kredit : ec1img.pchome.com.tw

Buat masa ni, teman kena setia dulula pada kekasih lama yang namanya Olympus u1040 tu. Biarpun dok asyik rasa macam nak tolak kat sesiapa yang mahu, dan angkut Canon yang lagi murah tu [mentang-mentang Canon dok promo sakan tu], sebab nak angkut Lumix GF1 ni, memang belum mampu lagi buat sementara waktu ni. Tapi hajat memang tak kesampaian lagi untuk sekarang untuk Canon ka, Lumix apatah lagi.



Tengok kat laman web shashinki.com, harga Malaysia untuk Lumix GF1 ni, RM 2895.00 tunai. Ada waranti setahun dari Panasonic. Nak tahu pasal spesifikasi kamera ni, bolehla jenguk shashinki.com/lumixgf1.



Ouh..kalau rasa nak masuk meminang tu, bolehla siap-siap ada hantaran Lumix GF1 ni, yang siap berhias cantik. Teman terima je terus pinangan tu. Kahkahkah. [macam boleh caya je F ni]

Wishlist #1

Celcom Bluebear Germany - Bearmany.

Kredit : mtvasia.com

Boleh tak sesiapa yang bakal daftar broadband Celcom, dan akan dapat sejibik beruang kecil warna biru, tolong pilih Germany atau nama manja sayangnya, Bearmany untuk F??



Tolonglah..nak beruang warna biru tu satu..

Kredit : mtvasia.com


Hari tu patutnya daftar broadband Celcom, tapi Abah cakap paw broadband Angah je, maka tak kesampaian la hajatku nak memiliki kamu, wahai Bearmany..



Sesiapa yang baik hati suci murni, bolehla disedekahkan pada F kalau tak mahu beruang biru comel itu.

Macam mana nak update blog di waktu-waktu sibuk ni??

Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, ingin diingatkan, F tak sediakan solusi atau penyelesaian, sebab F sendiri sebenarnya tengah buntu ni. Sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar ijazah sepenuh masa, jadi kalau tengok blog tu, sekadar tengok je. Selalu jalan-jalan ke blog-blog, tapi komen tak komen, sebab kena tengok pada kelajuan Internet la pulak.



Siapa boleh tolong F, sila komen boleh??

Friday, August 13, 2010

Please..not now..

I've been kinda miserable inside since last night, but couldn't afford to show it physically. Yeah, I did take time to express myself towards other people. But, o Allah, it was so hard for me to bear this alone.


 Unxepected things happened, but yesterday was almost to stop my heartbeat. Shocking, yet I could do nothing about that. Remember the guy that I had crushed on?? I was so freaking afraid if he found out. Please, the timing was just not right, for now. Please..not now..


If I were to confess..if he were to know..please let me be well-prepared..inside and outside..


But now..I am just not ready for anything..




If you love someone, tell him or her. Forget about the rules or the fear of looking ridiculous. What is truly ridiculous is passing up on an opportunity to tell someone that your heart is invested in him or her.



This was the love quote that I got from a Facebook application. Rather shocking.


But I won't confess..not now..

Wednesday, August 11, 2010

[shared]10 Great Goals to set this Ramadhan

This message is forwarded by my academic-based society, SCIENCESS KOS.



1. Eat, drink and be moderate

Almost all of us do it - once Iftar time hits, we just keep plowing food and drink into our mouths till it's hard to move afterwards. And those of us who do it know this is totally contrary to the spirit of Ramadan, through which we're supposed to learn self-control not self-indulgence. Let's try to stick to the Prophetic rule on eating: fill our stomachs with one-third food, one-third water and one-third breathing space, even in Ramadan.

2. Give a dollar a day in charity...or five or ten

The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was always generous but even more so in Ramadan. Let's open our hearts and dig a little deeper in our wallets this year. Even less than a dollar a day adds up. Whatever you can give, it's the intention that counts.

3. Memorize 4 new Surahs

Memorizing the Quran often seems like a daunting task. But the key is doing it in small bites. Since there are four weeks in Ramadan, try to memorize one new Surah a week. Start off with a short, easy one. Once you've started, you'll build momentum and may even want to memorize a longer one the following week.

4. Go to Tarawih prayers

Post-Iftar, the first urge is to sleep after an exhausting day. But try your best to head out to the mosque for Tarawih prayers. Praying alone is wonderful, but doing it in congregation is fantastic [F's note: but I have to skip when I attend my Mandarin class at Tuesday nights] The community spirit is part of Ramadan's blessings. Don't miss it this year. If going every day is not possible, try going at least one week.

5. Attend the Tarawih prayer in which the recitation of the Quran will be finished

Call the local mosque and find out which day the Imam will be finishing the recitation of the Quran in prayer. Attend to not only hear part of the Quran's recitation in prayer, but also participate in the heart-rending Duas that follow it.

6. Stop swearing and/or backbiting – with a special box

It's hard not to shoot our mouths off when someone's upset us. Whether we utter those four-letter words or backbite about someone to our family and friends, we know this isn't the God-approved way of letting off steam. In Ramadan, when we want to build our spirituality, we've got to wage Jihad against our bad habits.

Try this: get a box and every time you catch yourself swearing or backbiting put some money in it. It could be a buck or less. The point is to choose an amount that makes it feel like punishment.

At the end of the month send the money to a charity or buy a gift for the person whom you've backbitten the most against.

7. Call/email your relatives

You'd think that given the easy access to email, competitive long-distance calling rates, phone cards, etc. these days, we'd keep in touch with family and friends more often. But the opposite seems to be the case, as we get caught up in life's "busyness."

Strengthening ties with family members and keeping in touch with friends is part of our way of life and an act Allah is very pleased with. This Ramadan, call family and friends or at least email them a Ramadan card and ask them how their fasting is going.

8. Go on a technology diet

Even if you work in the IT industry, you can do this. Avoid checking personal email and surfing the web during your fast [F's note: Facebook..ehem..ehem..]. After Iftar, instead of plopping yourself in front of the screen, go to Tarawih. The same goes for the television. The point is to try to give our full attention to spiritual elevation this month.

9. Read 5 minutes of Quran a day...just five, not more, not less

Even if you feel you've got absolutely no time, set a timer or the alarm on your cell phone and find a relatively quiet place. You can read the first page of the Quran you open or follow a sequence. The choice is yours. The point is simply to connect with God through His revelation in the month of the Quran.

10. Forgive everyone who has hurt you

Still got a festering wound from the fight with your friend last year? Still upset about something your spouse said during a heated argument? Or are you still bitter about the way your parents sometimes treated you as a kid? Let go of the anger and pain this Ramadan and forgive those who have hurt you. Forgiving someone is not only good for the body, but it's also great for the soul. And in Ramadan, ten days of which are devoted to Allah's forgiveness, shouldn't we lesser beings forgive too?

If you find it very difficult to forgive everyone, forgive at least three people.






by Sound Vision Staff writer
Full credit goes to Sound Vision.

Tuesday, August 10, 2010

Untitled #3

I know you suffered.
I know you bottled up your problems.
I know you won't ever share.



I wish I could help.
Even it's just a tiny one.
Because I want to make you feel better.
Because I want you to know that
I will always be by your side
no matter what.



I saw everything.
But I knew nothing.
Because you want to be alone.
Sitting in a corner,
wondering why.



I really wish I could just
chat with you,
and asked if you're okay.
But I knew too well
that you would just ignore me.
And never let me to understand you.



If you ever think that
running away would
solve everything,
then run.
Run for yourself.
Run to nowhere,
where you would only meet the dead end.



And
I will just wait
till you come back.

Monday, August 9, 2010

Masa sibuk pun tiba

Sebulan yang lepas, masa tidak begitu terisi. Manakan tidak, kalau kelas pada sebelah petang, banyak yang dibatalkan, dan paling best, hampir setiap hari, kelas mula hanya seawal 9.30. Paling lewat, kelas jam 3.30, hari Isnin pulak tu. Jadi masalah Monday blues, memang boleh dihapuskan sama sekali. Hahahaha.



Dah Ogos rupanya kita ni. Waktu ni lah, baru nak kalut siapkan tugasan la, nak kena hafal untuk kuiz dan pop kuiz, dan tak lupa peperiksaan pertengahan semester sebelum pulang raya nanti. Haru..haru..kalau asyik dok nak main-main lagi. Saya sudah serik.



Alhamdulillah, folio Islamic Wordview dah pun disiapkan, dengan tajuk kaw-kaw punya, "End of World from Scientific and Qur'anic Perspectives". Waktu cari-cari info semua tu, terdetik kat hati, "Aku ni, dah cukup bersedia ke nak hadapi Hari Kiamat nanti??" Hari-hari dok tanya soalan tu je.


Lepas tu, dengan timbul macam-macam kisah bunuh-membunuh pulak. Nyawa manusia dah macam tak de nilai. Terbaca pulak hadis Rasulullah S.A.W., pasal dunia akhir zaman ni, memang banyak pembunuhan.

Volume 9, Book 88, Number 183:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Time will pass rapidly, good deeds will decrease, miserliness will be thrown (in the hearts of the people) afflictions will appear and there will be much 'Al-Harj." They said, "O Allah's Apostle! What is "Al-Harj?" He said, "Killing! Killing!"

sumber : Translation of Sahih Bukhari, Book 88



 F cuba belajar dari kesilapan lalu. Masa-masa cuba diisi sebaik mungkin. Nampak sangat sibuk, tapi semuanya, Alhamdulillah, berjalan lancar. Tak boleh nak komplen pasal tak cukup masa la, apa ke, sebab ada terbaca satu artikel, lupa sumbernya. Kalau Rasulullah S.A.W. boleh lakukan pelbagai pekerjaan, walaupun dalam 24 jam, macam kita, jadi pemerintah la, pendakwah la, suami dan bapa lagi, takkan hidup F yang setakat kena belajar ni, tak boleh nak survive kan??



F percaya, kalau pandai urus masa, mesti boleh punya. Padahal tugasan IW tu, dah banyak kali tertangguh. Maaf ya kawan-kawan.

sumber : scribbit

Minggu ni, minggu lebih sibuk dari kebiasaan. Petang Isnin [hari ni], kena hantar folio IW tu dan mungkin ada presentation kot. Malamnya pulak, kena hadir untuk halaqah, yang mana akak naqibah nak periksa bacaan al-Quran. Kuiz Introductory Microbiology, hari Khamis ni. Sabtu, ada kena ke rumah anak-anak yatim, insya-Allah, kalau tak de aral melintang. Betapa bertuahnya F yang masih punya Abah dan Mama.




Mengharapkan benih-benih keinsafan akan terus bercambah, tumbuh dan terus mekar di hati ini..

Wednesday, August 4, 2010

Discover Your Seoul!!!

Ingin terbang ke Korea Selatan dan berjumpa dengan jejaka-jejaka kacak ini??

2PM Chansung Junsu Taecyeon Nickhun Junho Wooyoung

Ataupun mahu ketemu sama gadis-gadis comel ini??

SNSD [Girls' Generation]



Oh, F amat pasti, andai kata kawan-kawan yang gila sama artis-artis K-pop, mesti rasa macam nak terbang je ke Korea Selatan, jumpa bintang-bintang kesayangan mereka. Kini, kawan-kawan, anda boleh menjadikan impian anda satu realiti, kerana penerbangan tambang murah Air Asia, menawarkan penerbangan terus ke Seoul, pada harga serendah RM 99 sahaja!!!


Tapi, tempahan murah ini hanya dibuka selama 5 hari sahaja bermula hari ini, 4 Ogos sehingga 8 Ogos 2010 tau. Anda akan dapat terbang ke Korea Selatan bermula dari 1 November 2010 sehinggalah 11 Ogos 2011!! Jadi, apa tunggu lagi??!!! Jika anda ingin menikmati keindahan tempat-tempat menarik, budaya dan adat, serta makanan orang Korea Selatan, seperti kimchi, kimbap dan bibimbap, maka tempahlah sekarang!!


Hanya di Air Asia .com!!


FImin berkata:

Gambar-gambar dipamerkan di atas bukan milik F, kredit buat pemuat naiknya. 
Oh, dan F tak janji yang anda akan betul-betul jumpa 2PM dan SNSD tu, sebab dorang kan sibuk.
Heee.

[Teaser]Fabulous Hiking to Teluk Cempedak

 This awesome pic of Teluk Cempedak beach, 
was taken using Dayah's Nokia.
Edited by yours truly.

It's been a while since I last updated this blog. But, please bear with me, as a full-time undergraduate student, my main focus would absolutely be on my studies. However, we managed to enjoy ourselves to the max last weekend, when we went hiking to Hutan Beserah if I were not mistaken, on our journey to the so-called famous Teluk Cempedak beach. More stories are coming up, just wait patiently.


I asked Zaty to capture this,
showing my ruined slipper.