Tuesday, July 13, 2010

Tertinggal Kelas.

Hari ni hari Selasa, bermakna semalam hari Isnin. Petang semalam, baru mula kelas selewat jam 3.30 petang, sebab memang dah jadual macam tu. Yang kelas 8pagi hingga ke petang tu, jangan jeles la eh. Hehehehe. Kelas Islamic Worldview, best jugak. Dapat Dr Ibrahim Shogar, dari Sudan jadi kena fokus untuk memahami slanga nya sekali. Tetapi, malang sekali, auditorium tempat kami belajar tu, air-cond tak di-ON kan. Maka kepanasan sangat-sangat, dan lagi kesian kat Dr Ibrahim sebab peluh habis menitik-nitik. Jadi nak komplen banyak pun tak boleh la. Otak F pulak tiba-tiba rasa makin mengecil dan tak boleh nak fikir sangat. Konsentrasi lari la sikit.

 Pensyarah ada cadangkan cari buku ni.
Kredit : amazon


Pagi ni, kelas mengikut jadual kami, ialah pada jam 10.30 pagi, yakni kelas Organic Chemistry. Dan petang jugak pada jam 2-5 petang. Malang sekali, sewaktu tengah bersiap-siap jam 9 pagi, dapat tahu yang kelas tu mula jam 9 pagi!!!! Tensen tahu, bila tak ada sesiapa bagi tau kami berempat [F, Anna, Srii & Mira]. Mungkin ada je orang lain yang terlepas sama, tapi entahla. Niat nak jumpa pensyarah petang ni, untuk explain dan minta maaf sekali, tapi, kelas dibatalkan pulak. Patutnya hepi la kan, tapi sebab apa yang berlaku pagi ni, jadi semacam tak de perasaan. Huhuhu.

Tak de maknanya buat alasan.
baik minta maaf terus, kan kawan-kawan??
Kredit : cartoonstock


Sekarang tengah berada di makmal komputer kuliah sains. Internet sangat, sangat, sangat laju ok?? Siap guna Mozilla Firefox lagi ni. Tempat lain ada Internet Explorer je. Alhamdulillah, duduk dekat sini, dah dapat setel untuk buat penambahan kelas Tilawah tahap 2 ke dalam jadual kami.



Harapnya, janganlah terlepas kelas lagi. Dahla bangunan kuliah kami ni paling jauh dari mahallah [hostel / asrama] kami. Memang sah-sah la kena naik bas. Bas sekolah gitu tau.

Bas kami lagi cantik sikit.


Sampai sini saja. Pengajaran untuk hari ni, kami perlu bergeng atau berkamceng dengan budak-budak laki bioteknologi ni, sebab dorang yang tahu awal-awal pasal pertukaran jadual. Huhuhuhu.

2 comments:

Cylia Chel said...

lewat sekali sekala xpe..

fikah © said...

Cylia Chel;
hehehe.
yup3.
sekali sekala pada awal2 sem ni.
hehehe.