Sunday, July 4, 2010

Selamat Tinggal...

Oh, tak boleh nak cerita perasaan sekarang. Hati rasa berat sangat, sebak, dan kalau salah percaturan, mungkin laju saja air mata mengalir. Pagi esok, insya-Allah, akan mula gerak ke bandar Kuantan, sebelum pada Selasanya, ke Gambang pula. Daftar masuk UIA Kuantan, ya kawan-kawan.



Kawan-kawan, ramai dah mula menyepi. Tanda masing-masing sudah meninggalkan aktiviti online. Tak dapat nak berbalas komen macam biasa.



Selamat tinggal keluargaku. Doakan anak ini kuat menempuh fasa hidup baru di alam universiti. Iringilah anak ini dengan restu kamu. Tak ada lagi gurau senda, usik-mengusik antara kita buat sementara. Sunyi sudah rumah ini daripada bising mulut yang berbalah.



Selamat tinggal Moy. Jangan nakal-nakal, sampai susahkan orang. Along tak ada di sini sekejap sahaja, jangan pula kamu pergi tinggalkan Along macam yang lain-lain. Sampai hati Moy tak mahu dekat dengan Along lagi. Mungkinkah Moy mengerti yang Along akan mula pergi??



Selamat tinggal modem Streamyx. Tak sampai setengah tahun pun kita bersama, dah kena berpisah. Aku akan merindui masa-masa aku mendownload drama, filem dan macam-macam lagi, saat-saat aku nyaris menghempas mu ke lantai akibat servis yang kurang memuaskan.



Selamat tinggal KBS World. Yang mana aku mengisi masa-masa lapangku dengan ternanti-nanti rancangan Music Bank, Invicible Youth, Star Golden Bell Challenge, Let's Go Dream Team Season 2, Vitamin; setiap satunya ada kenangan masing-masing.



Selamat tinggal katil empukku. Rindu aku pada malam-malam aku beradu di ranjang itu, akan kekal bertamu di hati.Mata yang degil, tidak lekas dipejam, lantas aku dilenakan oleh lembut tilam itu. Oh, tidur di rumah sememangnya lebih enak.



Selamat tinggal semuanya, buat sementara ini. Aku mungkin tidak mampu untuk jadi aktif seperti sediakala lagi.




Okey, okey, Cukup dengan perangai F yang suka buat semua benda jadi dramatik. Alahai, nak pergi belajar je, bukan suruh pergi jadi buruh. Tapi, entahlah, waktu nak masuk Faris Petra waktu tingkatan 1 dulu, langsung tak sedih ke apa. Happening je, sehinggalah bila mula cuti. Mulalah asyik homesick. Sampai ke tua, F homesick.



Masuk asasi pun, awal-awal lagi dah homesick. Tapi kejap je la. Kejap la sangat, padahal, masuk semester pendek je, baru ok dan tak homesick. Rasa semacam nak emo je, bila nak kena gi Kuantan ni. Gambang sebenarnya. Tak ada masalah dengan tempat mana-mana pun, asalkan ada pengangkutan awam yang cukup, yang mana kat sana tak sebanyak di PJ.



Udah-udahla menakutkan diri sendiri F. Abah kan dah kata, kalau 5 tahun boleh hidup kat FP, lagi 2 tahun kat PJ itu hari, takkan 4 tahun ni nak gerun kot. Positif..positif. Malas dah nak fikir banyak, sila fokus masa depan ya.



Daa~~

4 comments:

cik zatil said...

haha..nice entri dik
mmg dramatik!

hehe...good luck taw!
belaja leklok!

muaahhhx! :)

Lovely Bella said...

selamat belajar k.. jgn mlas2.. nih.. hehehhe

fikah © said...

cik zatil;
heee.
adik ni kan over sikit bab2 berdrama ni.
hehehe.

muah3 jugak!!

fikah © said...

Lovely Bella;
heee.
thanks akak!!
memang kena super duper rajen.