Thursday, July 22, 2010

Saya seorang pelajar

Aigooo~~ Kelas padat pun bising, kelas tak de pun stres. Untuk pengetahuan, setakat ni, F rasa terlalu santai untuk belajar, sebab kelas praktikal untuk Organic Chemistry dan Introductory Microbiology belum lagi bermula. Disebabkan kelas-kelas praktikal itu jatuh pada waktu petang, maka setakat ni, bila petang je, mesti rilek-rilek punya. Nak keluar ke bandar pun sempat, nak tidur pun memang boleh mimpi sakan.



Sekarang ni, F sangat-sangat-sangat lapang sampailah kelas seterusnya pada hari Isnin petang. Sabtu ni, kelas Management belum bermula lagi. Apa lagi, joli sakan la weh!! Hahaha.



Untuk jadual hari Khamis tu, F tertinggal kelas Tilawah [TQS 2000] pada jam 10 pagi. Untuk kelas ni, hanya ada 6 orang sahaja dan semuanya memang budak-budak Biotek. Hehehe. Tapi kan, kelas selepas itu, ialah Microb yang mana kat Kuliyyah of Science. Jadi, mahu tak mahu, kami kena berkejaran dari Kuliyyah of Medicine untuk ke kelas seterusnya. Nak tak nak, akan masuk lambat jugak kelas Microb tu.



Kelas Tilawah tu, selepas berbincang dengan Ustaz, memang dah tak de waktu lain dah yang sesuai untuk ditukarkan. Ada je kelas yang bertembung. Maka, kena usaha untuk bincang denga pensyarah Microb pulak. Syukur sangat sebab Madam Syuhada tu memahami, dan membenarkan kami berenam masuk lambat sedikit ke kelasnya. Tapi, yang rugi, semestinya kami la, sebab akan terlepas 5-10 minit pertama kelas Microb.



Kelas setakat ni, semuanya OK!! Mengantuk tu, ada jugak, tapi kena tahan la, kalau tak terlepas segala ilmu yang pensyarah nak kongsikan.



Sampai kat sini je la dulu ye. Nak tidur kejap. Hehehe.

3 comments:

IERA HAJERAH AZMAN said...

sabtu pon kene sekolah. tak pe la, demi masa depankan?

Dalam Ketawa Masih Ada Tangis yang Bersisa tapi Jangan Merenung Terlalu lama Si Kaca Yang Tak berharga

Faiz said...

sbtu pn ade kelas jg..ikut jela..hehe..
p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...sori lmbt reply..bz skit..hehe
***Hit My Latest Update Here***

nughul said...

lol ari jumaat xde kelas plak..
tp bpk laa kuliah 2 jam gitu..aduh yang matrik sejam nie pun..dh mgantuk..