Friday, July 9, 2010

Online sakan di Computer Lab

Selamba je F dengan Mira lari dari ujian Tilawah. Hey, hey, hey, bukan lari ke mana pun, ramai sangat orang, jadi untuk membunuh masa yang ada, dari CELPAD tingkat 4 Kuliah Perubatan, kami jalan jauh cari air kat water cooler di tingkat 2. Dan semestinya, wajib singgah dulu dekat makmal komputer ni dulu, sebab boleh online tanpa batas. Hahahaha.



Hingga ke hari ni, masih ada lgi yang menegur F perihal gambar buruk F yang dimasukkan dalam tayangan slaid waktu upacara penutupan Minggu Ta'aruf kami. Malu?? Biasa-biasa saja, tapi kehangatannya masih terasa kat muka F ni.



Pagi ni, siapkan pendaftaran subjek-subjek untuk Bioteknologi secara online. Kat mana lagi buat kalau bukan kat makmal komputer sekarang ni. Sampai jammed teruk line tu, ada komputer yang hanged lagi. Nasibla. Tapi sebab geng kami ni, jenis yang sanggup tunggu, bila orang lain dah blah sebab tensen dengan benda alah tu, kami menunggu je. Akhirnya, dapat siapkan semua.



Alamak aih, kami ada kelas hari Sabtu wooh. Kelas Computers in Science lagi tu. 3 jam pagi, 3 jam petang. Nanti F tunjuk jadual, hehe. Bukan sekarang la, tunggu bila dah dapat wi-fi, akan setelkan semua.



Alhamdulillah, hari ni memang sangat dipermudah Allah. Minta tukar bilik, DAPAT. Pinjaman PTPTN, DAPAT. Ni tunggu ujian tilawah pulak. Harap-harap semua berjalan lancar.



Semoga hidup kamu juga dipermudah!!

No comments: