Wednesday, July 21, 2010

Kerja gila!!

Okey. Masa sekarang je yang ada peluang untuk F hapdet blog ni. Sebab Internet laju la jugak daripada kebiasaan pada waktu lain.


Minggu ni, Alhamdulillah, kelas Organic Chemistry dengan selamat dan berjayanya dihadiri oleh kami berempat [F, Mira, Srii dan Anna] setelah terlepas pada minggu lepas. Pensyarah sambung saja topik yang ditinggalkan minggu lepas. Mula-mula, otak dan minda memang tak boleh nak hadam segala perkataan, tapi bila masuk je bab Alkanes, barulah otak boleh terima perlahan-lahan.

*****

Kerja gila bermula selepas kelas habis. Main Internet kat makmal komputer Kuliyyah of Science, ternampak iklan GSCMovies. Usha punya usha, terpacul kat mulut, "Mira, kalau pi tengok wayang petang ni pun, macam best je." Kami tak dapat pilih nak tengok filem mana, semua pun nampak best. Tapi disebabkan pernah tengok trailer Inception, dan filem tersebut dapat markah 85% dari sebuah laman web, maka kami pilih Inception.


Makan tengah hari dan solat Zuhur terlebih dahulu kat Kuliyyah of Pharmacy. Geng-geng lama yang sangat-sangat-sangat F rindui. Lepas tu, barulah telefon Pak Teh, pemandu kereta sewa yang semua pun kenal kat UIA Kuantan ni, janji nak jumpa pukul 2.30. Malangnya, kami terlambat, dan terlepas untuk gerak dengan Pak Teh.


Akhirnya, Mira buat keputusan untuk kami sewa kereta je. Lagipun, Mira ada lesen, boleh la dia bawakan F ke East Coast Mall tu. Cakap punya cakap kat telefon dengan seorang senior, nak sewa kereta, terus je dapat. Naik kereta Kancil je, tapi ok la tu.


Mira bawa F ke ECM, dan jadi satu kerja pulak nak cari jalan. Main agak-agak je, sampai jugak kami ke ECM. Ter'saksi'kan perebutan anak antara satu pasangan, tapi takde siapa pun yang ambil kisah. Mungkin sebab kejadian tu agak berselindung di sebalik kereta-kereta kat parking tu.


Parking bawah penuh, maka parking kat tingkat atas. Terus berhenti dengan pintu masuk yang paling dekat dengan panggung GSC. F turun dulu, cepat-cepat belikan tiket untuk kami berdua, sebab masa tu dah hampir pukul 3 petang, wayang mula pukul 3.10. Nasib baik sempat, dan dapat pun seatings kat belakang. Not bad.


INCEPTION, pening la nak cerita. Kena pergi tengok sendiri la. Kalau nak jimat duit, download je la. Kalau malas, baca je reviu pasal filem ni. Kami berdua serius tak tahu macam mana nak gredkan berapa bintang untuk filem ni. Sebab cerita ni memang perlu fikir mendalam dan fokus tinggi. Ececeh, melebih-lebih pulak. Tapi kan, paling syok, part yang efek-efek segala tu. Memang superb, cantik dan sempurna tahu.


Filem tu ambil masa dekat 3 jam jugak. Keluar je panggung, kena kejar solat Asar pulak. Lepas tu, makan-makan kejap kat KFC dan tapau untuk kawan-kawan sekali. Kalut nak balik pulak, sebab masa tu dah 6.30 kot. Senior tu nak kereta balik, jam 7, sebab ada orang lain nak sewa pulak.


Kami sampai je, cari senior tu, tapi dia tak muncul. Dia cuma suruh tinggalkan duit kat tempat tertentu dan kami pun blah je la. Sewa kereta, RM 5/jam. Kami guna dalam 4 jam lebih, tapi disuruh bayar RM 20 je. Boleh tahanlah.

*****


Tapi kan, kerja gila ni, sekali sekala kena anginnya, boleh la nak buat. Tak boleh selalu. Awal semester, memang la tak sibuk, tapi fokus tak boleh lari. Pelajaran mesti diutamakan jugak. Takkan mahu gagal lagi kot, F???!! Cukuplah waktu asasi hari tu. Jangan diulang lagi.


Hujung bulan ni, PIKOM PC Fair kat Berjaya Megamall, Kuantan. Mungkin nak pergi hari Jumaat, sebab tak de kelas. Sabtu dan Ahad mungkin ada kelas Management bla bla, tapi tak mahu terlepas PC Fair tu. Sebab nak beli headphone baru. Headphone sahaja ya, F. Jangan lebih-lebih. Setakat usha-usha sudah.


Dah nak tidur. Pagi nanti, jam 9.30, ada kelas Islamic Worldview bersama pensyarah Sudan tersayang, Dr. Ibrahim Shogar. Syok weh!!

3 comments:

ken said...

saya belum tengok inception =/

fikah © said...

ken;
pergila tengok.
nanti boleh buat reviu sekali.
hehehe.

cik zatil said...

best ea dik cite tu?
akak xdpt tgk lg..

kat kb mane ad wayang
kan..hehe..

nnt blk KL atau kuantan
bru leh tgok wyg..

:)