Friday, July 30, 2010

Fakta minggu ini

1. Banyak menyusahkan orang.

YA!! Terutamanya Mira hot tuh [haa, amek, kata nak tengok nama ang dalan blog aku!!]. Aku seret dia ke sana sini, kejap-kejap dia yang kena temankan F untuk selesaikan hal PTPTN. Thanks, Mira!! I owe you so much!!


2. Tak sarapan pagi.

Sejak pulang dari kem Facilitator Squad Training hari tu, badan ambil masa nak sesuaikan diri balik dengan suasana UIA. Sarapan pagi mula ditinggalkan. Ish, tak baik, tak baik.


3. Buka puasa di Pizza Hut, East Coast Mall, Kuantan.

Sejak kawan dengan Mira, segala keputusan buat on the spot dan secara mengejut. Lepas habis sesi makmal untuk Introductory Microbiology, terus siap-siap nak ke ECM tu. Buka puasa la konon-konon. Makan sakan kat Pizza Hut tu.


4. Rindu kawan-kawan Farmasi.

Semalam, balik dari ECM, dah dekat pukul 11 malam. Bila dah sampai asrama, duduk kejap kat kerusi kat bawah tu. Nampak kawan-kawan Farmasi tengah sibuk nak buat program. Siap berlakon-lakon lagi. Serius, rasa mahu menangis sahaja semalam, tapi ditahankan dengan tak bercakap dan pandang dorang.

Ya, saya memang emosional terlebih dan tak kena pada waktu.


5. Pakai jeans, nampak rock.

Mira, Munie dan Wani cakap F nampak macam rocker bila pakai jeans. Agaknya sebab dorang tak biasa nampak F pakai jeans, asyik-asyik, seluar slack dan baju punjabi, tak pun baju kurung. Heee. Sebab kaki F ni besar, hanya mampu pakai straight-cut jeans sahaja.


6. Gila sambal belacan.

Makan tengah hari je, kalau tak ambil sambal belacan banyak-banyak, memang tak sah. Kalau Mama tahu ni, mesti kena sound baik punya la, sebab belacan tu memang F kena pantang. Tapi, tak lengkap rasanya kalau tak makan sambal belacan ni.


7. Computers in Science best!!

Pensyarah memang sempoi je, tapi bab-bab yang nak kena belajar sejarah Internet tu, memang berpotensi untuk buatkan F terlelap. Nasib baik, buat kat makmal komputer, jadi, ada caranya la nak hilangkan mengantuk tu. Tapi, bahagian paling best, bila kena main kira-kira dengan nombor 1 dan 0 tu, untuk cari IP address ke hapekenama, dah lupa kejap.


8. Bilik kejap sepah, kejap kemas.

Tensen tahu, bila dah kemas elok-elok dan buat janji dengan diri sendiri "Tak mahu sepahkan bilik dah", mesti je esoknya bilik akan bersepah balik. Tensen, tensen, tensen!! Kenapalah tak boleh nak konsisten ni, F oii??


9. Teman-teman sebilik rupanya lagi muda.

Waktu mula-mula pindah ke bilik F ni, dah memang ada 2 orang penghuni. Masa tu, tak terlintas pun nak tanya umur ke apa, buat satu atau dua tahun asasi. Yang penting, "kimia" tu mesti ada. Sehinggalah minggu lepas, borak-borak sikit, rupanya, teman-teman sebilik F ni - Naemah dan Sofiyyah - ni, muda setahun. Mulanya nak bahasakan kakak ke apa, tapi memandangkan dah terbiasa masing-masing panggil nama je, biar kekal macam tu je la.


10. Teman-teman sebilik pulang ke rumah.

Huhuhuhu. Naemah dah balik dari pagi tadi, Sofiyyah pulak bakal menyusul petang ni. Ada temuduga untuk tawaran biasiswa. Jelesnya F. Dah tak ada rezeki untuk F, tak pe la. Redha je. Dan nampaknya, F akan keseorangan je. Huhuhu.

1 comment:

a's said...

selamat ber-outing sayang! hehe