Wednesday, July 21, 2010

Bersyukurlah

F kena belajar bersyukur selalu. Terutama waktu-waktu yang rasa down sangat-sangat-sangat, sebab mana tahu hidup orang lain lagi susah.



Bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan untuk temankan setiap waktu, walaupun masing-masing duduk jauh.


Bersyukur sebab dapat compartment yang khabarnya luas sikit dari kawan-kawan punya. Hehehe.


Bersyukur sebab walaupun kena duduk hostel, sekurangnya tak sejauh dengan asrama budak lelaki yang kat luar.


Bersyukur sebab kalau tertinggal bas sekali pun, masih dapat jalan kaki ke kuliah [walaupun Kuliyyah of Science ialah yang terjauh], berbanding seorang kawan lelaki sekelas yang kena jalan 3 kali ganda lagi jauh.


Bersyukur sebab makanan kat sini walaupun lagi mahal dari kat asasi dulu, tapi pilihan boleh tahanlah. Tak perlu kena mengikat perut macam seorang kawan sekelas dari luar negara.


Bersyukur sebab walaupun dapat jurusan Bioteknologi [yang mana kebanyakan orang tak pandang], F tak stres sangat. Rasa enjoy belajar lagi, adala!!


Bersyukur sebab skil membakar biskut masih ada. Ingatkan dah ke laut.


Bersyukur sebab walau dicampak ke mana-mana, mesti akan jumpa orang-orang yang baik. Contohnya, teman sebilik F.


Bersyukur sebab F sangat suka dekat si dia ni, dan mendapat respons positif kawan-kawan [F je aura negatif sikit, hehehe]. Selalu je dengar cerita yang baik-baik pasal si dia.


Bersyukur sangat sebab masih diizinkan Allah untuk terus bernafas kat dunia ni, untuk terus menghadapi hidup ini.




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

5 comments:

fatinmmj said...

yaa..fatin suka..post2..yg positif...ni
bersyukur juga fatin dapat membaca post sebegini =)...smile...

fatinmmj

Lovely Bella said...

huhu btul².. tetibe baru rase bersyukur.. wpun keje kat opis nih teruk tapi bersyukur ade keje,.,.

fndrocka said...

rasa membuak-buak pulak rasa syurga dalam diri aku lepas baca

a's said...

alhamdulillah too~~~

cik zatil said...

saya bersyukur sebab
dapat kenal F..

hehe..