Thursday, July 1, 2010

Belajarlah menerima dan melepaskan

Blog ni nampak gayanya akan bersawang la jawabnya, kalau F teruskan dengan sikap acuh tak acuh, endah tak endah untuk buat entri baru. Bukan apa, banyak benda yang perlu disediakan, disiapkan dan difikirkan, tambah-tambah, dah nak ke Kuantan awal minggu depan.Tapi, selagi termampu, F akan cuba kekalkan blog ni dengan entri-entri terbaru kelak.



Ternampak satu status ni, yang mana buat hati F hiba pula rasanya. Mungkin F terlalu sensitif kot, sampai benda yang biasa-biasa je, nak terasa segala kan. Rasa macam jauh sikit demi sikit daripada kawan-kawan. Biasalah, benda tu pun F dah lalui waktu semester akhir kat pusat asasi dulu, yang mana F sangat susah nak biasakan diri dengan teman sekelas baru, apabila kelas F berlainan daripada kawan-kawan. Mana taknya, kalau dah setahun lebih duduk sama-sama, dan tiba-tiba semester akhir, kena berpisah, tak mudah.



Yang tak kenal akan mudah menilai bahawa F ni jenis yang susah nak masuk dengan orang. F tak rasa macam tu sangat kot, sebab dengan rumet-rumet dulu, masuk-masuk je bilik, memang dah terus "aku, kau" semua. Nak rapat, jadi kena pandai la nak bahasakan diri. Syukur sangat, sebab sampai sekarang kami masih kamceng.



Dari taski, dah ada kawan-kawan rapat sendiri. Tapi, banyak yang dah lost contact. Salah sendiri agaknya, sebab tak usahakan untuk cari balik kawan-kawan taski dulu. Masuk sekolah rendah, hingga naik ke darjah enam, F ada geng sendiri. Budak-budak sekelas la, mana-mana pun mesti pergi sama-sama. Ikut rombongan sekolah ke Kuala Lumpur dan Melaka, main air sakan kat Air Famosa Resort tu, memang kenangan baik punya la.



Ditakdirkan F ke sekolah asrama, jadi dah terpisah. Lagi pun, tak ada kawan-kawan satu sekolah yang sama dengan F, melainkan incik Faiz yang masuk di intake kedua. Tapi tak rapat pun waktu tu. Kelas pun lain-lain. F rasanya, berjaya la juga nak hidup kat sana, dengan buat kawan-kawan baru. Ada yang sampai sekarang masih rapat, ada yang tidak. Adatlah tu, hidup kita akan sentiasa ada in and out, keluar dan masuk. Yang lama pergi, yang baru datang mengisi hidup kita. Itu realiti hidup.



Masuk pula pusat asasi, sebab Aina sama-sama dapat masuk dengan F, maka kebergantungan F pada Aina sangatlah tinggi. Malang sekali, kami tak sama kursus, maka kelas pun sah-sah, memang lain. Jadi, kena cuba terima teman-teman baru dari kelas yang sama. Ada yang bising dan kepoh, ada yang diam, ada yang rajin gila belajar. Awal semester pertama, tahun pertama, tak banyak sangat kawan, sebab asyik berkepit dengan Aina lagi, dan kalau ada rapat sekalipun, dengan Wa, sebab dah kenal waktu kat pusat tusyen tahun 2006. Dan semestinya, rumet je.



Semester seterusnya, baru la jumpa geng dengan si Tiqah dan Mun, Wa sekali, sebab kami berempat je budak Farmasi yang tersesat masuk ke kelas bahasa Arab, yang semuanya budak-budak Medik. Segan tu memang la mula-mula, tapi sebab yang betiga tu, pandai buat kawan dengan semua orang, sampai F pun turut sama dapat kenal dengan lagi ramai orang.



Itu dulu. Ya, dulu. Kami masih lagi berkawan, tapi memandangkan F pun dah lain bidang apabila daftar kat Kuantan kelak, maka rasa merendah diri tu ada. Dorang tak mungkin dapat bersama dengan F lagi, dan F pun sama. Sedih pulak fikir terpaksa berpisah. Tapi hakikatnya, F kena belajar untuk terima orang baru dalam hidup F dan melepaskan perlahan-lahan kawan-kawan lama. Bukan bermaksud putus hubungan, tidak, tapi bila kita melangkah ke setiap fasa hidup ni, memang itu biasanya yang terjadi. F bercakap daripada pengalaman F sendiri. F banyak abaikan kawan-kawan lama dulu apabila dah jumpa yang baru. Maafkan F~~



Buat kawan-kawan yang mengenali, aku [f guna aku ya kat sini] minta maaf banyak-banyak atas apa yang aku dah buat salah dan sila sepanjang perkenalan kita. Aku pun kadang-kadang keliru juga, macam mana korang boleh je perangai aku yang pelik semacam ni. Kejap-kejap hepi, kejap-kejap emo. Maaf sangat-sangat waktu aku buat perangai aku yang korang mungkin rasa sangat annoying. Aku akan faham bila tibanya saat aku mungkin akan ditinggalkan, waktu korang terima kawan-kawan baru. Itu lumrah dah, aku dah terbiasa.



Terima kasih sangat-sangat buat korang yang sudi sayang aku. Aku pun sayang korang, tapi ada masanya aku tak pandai nak tunjuk sangat. Buat yang ada benci aku, minta ampun sangat, sebab aku cuba berubah, tapi mungkin perubahan tu tak menampakkan kesan sampai boleh buat aku dibenci. Heee. Aku akan rindu semua kenangan yang kita ada bersama, tak kiralah suka ke duka ke, aku akan ingat semua tu.




Sekian~~~

6 comments:

Nurul Zaty said...

awakkk..huu
saya nak nangis baca entry awak ni..huu
weh, nnt kat kuantan..
walau pon kita dah lain kos.
tpi kta masih d tmpat sama
sy harp kita dapt bkawan2 lagi tau.
aku rndu kau bebbb...huuu

:(((

miss faten said...

Belajarlah menerima dan melepaskan. Waa. Macam susah tu. Aku skrg berada di dalam kesedihan sebab kawan rapat dh mula jauhkan diri. Yelah mereka semua kat overseas, aku masih di malaysia. Walaupun ko ckp dlm hidup ini ada in and out, aku still ingin mengekalkan tali persahabtan antara aku dan kawan2 tapi apakan daya... mungkin mereka memang akan out dalam hidup aku =__=

Muhammad Faiz said...

patutla gatal idung je sejak petang tadi.. ini rupa2nya..
dulu time skolah, xpenah sekelas. biase ah.. i'm average student..
time form one, kelas awak depan skali, kelas sy kat hujung.. jauh.. hihihihi..
goodluck in your study!

fikah © said...

Nurul Zaty;
jangan nanges.
kita tetap kawan sampai bila2.
insya-Allah.

fikah © said...

miss faten;
adat hidup.
kawan datang dan pergi dan datang balik.

fikah © said...

faiz;
bukan sebab awak average la.
sebab intake lambat sikit je.
tapi kita kan kawan??

thanks for your wish!!