Sunday, July 18, 2010

Bakal pulang ke Kuantan

Mak aihh. Malam ni dah nak kena balik ke Kuantan dah. Perjalanan mungkin 7-8 jam jugak, sebab bas tak melalui Kuala Terengganu-Jabor, yang mana lagi menjimatkan masa. Mungkin sebab laluan tu agak sunyi kot, tambah pulak nak balik malam-malam ni.


Laluan kebiasaan bas Kuantan-Kota Bharu atau Kota Bharu-Kuantan, semestinya ikut Kerteh-Chukai,Kemaman. Memang syokla dapat tengok kawasan perindustrian petroleum tu malam-malam hari, habis langit nampak semacam warna jingga gitu.


Untuk makluman, walaupun Kuantan tak adala jauh sangat dari Kota Bharu, tapi tiket bukan main susah nak cari. Tak tahulah macam mana cerita pulak bila nak balik raya kelak. Mesti kejap je habis kot, kena pandai-pandai susun jadual dan merayu-rayu pensyarah untuk tolak ansur, supaya dapat balik awal sikit. Masalah tiket ni, bukan boleh dibuat main, silap-silap, tak dapat balik raya awal-awal, kan susah.


Mentang-mentang awal semester ni tak berapa nak sibuk, maka perlu bersedia akan kesibukan yang bakal mendatang. Kelas Organic Chemistry la, Microbiology la, kalau nak diikutkan tak sesusah dan sesibuk jurusan lain tahu?? Oleh itu, perlu usaha kuat-kuat dari awal.


Konsert Super Junior Show 3 kat Malaysia, bakal diadakan pada 26 Mac 2011, yang mana sangat hampir dengan revision period F yang hanya 3 hari sahaja, kemudian akan menghadapi peperiksaan akhir. Dalam dilema, sama ada nak pergi ke tak, tapi 51% hati dan minda bersatu kata tak payah pergi, yang selebihnya, dok menggoda suruh pergi. Entahlah.


Sayangnya nak tinggalkan rumah, sayang nak tinggalkan keluarga, sayang nak tinggalkan penggunaan Internet tanpa batasan. Tapi, disebabkan Angah menjalani latihan praktikal kejururawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 [HRPZ2], Kota Bharu, jadi dia pinjamkan broadbandnya pada F. Lagipun, Angah tak duduk asrama buat sementara ni, duduk rumah je selama 6 minggu, tak ada masalah la!! Hahaha.


PIKOM PC Fair kat KB Mall baru je berakhir semalam. Tak banyak barang pun, dan semestinya tak jumpa headphone yang F nakkan. Yang lama telah dirosakkan. Huhuhu. Sedih tahu, sebab F jaga elok-elok je, tapi riwayatnya habis macam tu je. Sebelum ke Kuantan hari tu, memang dah nazak dah, boleh dengar sebelah je, tapi balik Kota Bharu Rabu lepas, dah sah tak boleh diselamatkan lagi.


Oh satu lagi, nasib baik waktu balik ni, Moy masih cam tuan comel dia ni. Manalah tahu, dah seminggu tinggalkan dia, takut-takut dah lupakan F ni. Heee. Geram tengok si Moy yang makin gemuk dan rasa berat yang amat bila didukung.


Dan tak lupa buat yang sudi baca blog F ni, F perasan yang bila ditulis entri berkenaan hati dan perasaan, sambutan macam best je. Hahaha. Jangan bimbang pasal komen-komen yang tak terbalas oleh F, walaupun tak banyak sangat, F baca dan akan cuba balas bila betul-betul ada kelapangan. Terima kasih atas respons daripada anda. Tapi, F betul-betul belum kuat nak berhadapan dengan si dia. Baru je lupakan dia, tapi tiba-tiba perasaan lama datang balik. Hisyh, susah la.


Sampai di sini je. Harap-harap Celcom broadband tu tak bawa masalah waktu kat Kuantan nanti. Jumpa lagi!!

3 comments:

cik zatil said...

hai budak comel..

akak pon pegi pc fair
kat kbmall tu taw..

hehe..

time keje dah monteng
g pc fair pagi2..

bila laa bleh jumpa
kamu kan?

til den, belaja rjn
rjn oke dear..

:)

fikah © said...

cik zatil;
akak sayang oiii!!!
kalo F tahu awal2, mesti kita boleh jumpa kat sana.
wuwuwu.

cik zatil said...

tu laa lalin..

takpe takpe akak duk
sini smp bln 9..

nnt bln 10 nk duk
kuantan plak..

leh jalan2 ecm
dgn kamu..

hehe..