Monday, July 26, 2010

3 hari yang...

F menghilang sekejap sejak petang Jumaat hingga ke petang semalam. Ke mana?? Ke sebuah kem lor.



[1] F ke IIUM Facilitator Team Camp, yang mana fasilitator2 yang senior, akan melatih kami, budak-budak baru untuk menjadi fasilitator yang berjaya.


[2] Buat kat Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, yang mana sebelah UIA Kuantan je kot. Tapi, nak ke kawasan perkhemahan tu, sangat la jauh. Nasib baik, bas yang hantarkan.


[3] Kami duduk dalam khemah A, yang saiznya agak besar, berbanding khemah berbentuk iglu tu. Nak berdiri pun, OK je, sebab khemah tu tinggi dan luas. Dahla duduk berenam je, memang terasa sangat lapang la.


[4] Masuk kumpulan, terpisah daripada kawan-kawan. Memang F nak macam tu pun, sebab itulah masanya nak tambah kelompok kawan lagi. Mula dengan sesi perkenalan segala. Oh, dapat fasi Kak Im dan Abang Faiz. Dorang sangat cool!!


[5] Malam pertama kat situ, memang tak dapat nak lena. Adatlah tu, sebab badan belum sesuaikan diri dengan tempat baru. Pukul 3 kot, baru dapat tidur,itu pun pukul 4 nak kena bangun untuk qiyamullail [bangun malam] untuk solat sunat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir secara berjemaah. [p/s: tiba-tiba rindu qiyamullail masa kat Faris Petra dulu]


[6] Akibat tak cukup tidur, waktu LDK [latihan dalam kumpulan], F memang mengantuk. Super-duper mengantuk. Maka, akibatnya, F asyik je kena point dengan fasi-fasiku untuk bagi pendapat. Biasala tu, cara nak hilangkan mengantuk. Kesian pulak kat fasi, sebab semua cara pun tak dapat hilangkan rasa mengantuk F ni.


[7] Untuk sesi LDK seterusnya, dapat gula-gula. Tapi mengantuk tu masih ada. F memang macam tu, kalau dah namanya tak cukup tidur, memang satu kerja pun macam susah nak jalan.


[8] Petang pulak, main Treasure Hunt, sambil kena selesaikan masalah pembunuhan sekali. Penat weh, dah lama tak lari pecut macam tu. Mula-mula macam semput, tapi dah lama main tu, OK la pulak rasa. Rasa macam jantung dah mula ada ritma yang stabil. Maklumlah, sebelum tu, jantung macam susah nak berdegup betul.


[9] Malam pulak, lepas dengar talk dari Dr.Firdaus, ex-UIA Kuantan dan bekas Ketua Penyelaras FaciTeam, kena bersiap untuk Solo Night Walk. WAAAAA!!! Ingatkan dapat jalan ramai-ramai, tapi pakcik renjer hutan tu cakap, trek hutan tu pendek je. Sekali menunggu tu, orang yang dah masuk semua menjerit kot. Tiba giliran F, rupanya, nak kena usik dengan hantu buatan dan rekaan semata-mata. Mana taknya, kantoi nampak pakai telekung sembahyang dengan seluar. Hehehe. F pejam mata je waktu jalan sebab tak mahu tengok dorang. Turun je bawah, tengok0tengok, dua-dua belah tangan melecet sikit. Tak teruk pun, Biasalah tu.


[10] Balik je khemah, bersihkan diri dan semua tidur dengan lenanya sebab kepenatan.


[11] Tak ada qiyamullail pada hari ketiga, agaknya sebab semua terlalu penat. Solat Subuh dan baca al-Ma'thurat, tapi F tersengguk-sengguk je. Sama jugak waktu tazkirah Subuh, mata memang tak boleh nak bukak sangat pun.


[12] Pagi tu, kena sediakan modul lagi, berkenaan Mindsetting pulak. Siapkan modul dalam kumpulan dan kena pilih dua orang untuk jadi fasi dan ko-fasi. Dapatla kat abang Syukri dan Che'. Rupanya, nak kena buat role-play. Kami dapat fasi dan ko-fasi dari kumpulan 1, dan memang dikenakan habis-habisan la. Hehehe. Buat-buat mengantuk la, bosan la, main-main pun ada. Memang enjoy la tengok role-play untuk ketujuh-tujuh kumpulan. Syok weh!!


[13] Lepas tu, dengar abang Ilman cakap-cakap sikit dan beralih ke majlis penutup. Makan tengah hari dan kemas-kemas barang untuk pulang. Sampai je bas, terus F naik. Tak sempat nak ucap selamat tinggal kat Kak Im, sebab tak jumpa dia. Abang Faiz ada je, tapi semacam segan nak gi jumpa sorang-sorang. Akhirnya, duduk je kat seat dan lambai-lambai je kat dorang waktu bas bergerak. What an improper farewell la, F~~~ Tiba-tiba rasa sayu dan sedih je nak tinggalkan semua tu.



Berakhir la kisah 3 hari yang memenatkan itu. Dah balik ni, mula la segala urat saraf mak nenek ni nak sakit-sakit dan sengal-sengal. Sampaikan nak solat Subuh pagi tadi, kaki rasa lembik gila weh. Nasib baikla, kelas hari ni, mula 3.30 petang dan habis 5.00 petang. Kejap je.



F cakap:
Hey, hey, hey, my groupmates of G.6 [Kak Im [fasi], Abang Faiz [fasi], Abang Syukri, Kak Syeqen, Kak Fana, Miza, Zila, Aisyah, Firdaus, Che', Shaz].

And say HELLO to my Squad Elite 3 members too!! [p/s:ramai sangat ahli, tak ingat semua lorh]

1 comment:

Claudia Lawrence said...

hi fikah, nice post & good blog, i think u must try this site to increase traffic. have a nice day !!!