Saturday, June 12, 2010

World Cup Penyatu Keluarga.

F ingatkan, bila dah mula Piala Dunia Afrika Selatan [PDAS] ni, akan terjadilah isu berebut tv segala. Tetapi rupanya tidak. Sekalung penghargaan buat RTM, sebab bila disiarkan di TV1 atau TV2, maka, tak perlu berebut tv yang kat ruang tamu tu. Yang nak layan Cerekarama, tunggu kat depan; mahu sorak sakan untuk bola, masuk bilik.


Sebab malam ni, tak de cerita yang best-best sangat, maka semua pun layan tengok bola. F yang konon-konon, "Isyh, tengok bola tak best la!!", tumpang tengok sekali. Dari Korea Selatan benam Greece 2-0, sehinggalah sekarang, Argentina yang mendahului Nigeria 1-0.

Kredit : sini.

Abah dan Iwan, toksah cerita banyak la. Memang kaki bola. Hemm. Kaki bola yang last2, lentok jugak depan tv bila ada siaran awal pagi. Yang penemannya [i.e. F atau Mama], pulak yang semangat celik mata, semata-mata nak tunggu dorang tengok bola sampai habis.


Mama, memang mengejutkan. Waktu tengah tunggu Argentina nak mula lawan, dia dah semangat, "Mana Messi, mana Messi??!" waktu zoom-in pemain-pemain Nigeria. Sekali adik laki F cakap, "Messi yang sebelah biru tu la, Ma."

Kredit penuh : sini.

Diego Maradona, jurulatih Argentina, janji nak lari bogel sekeliling padang kalau Argentina juara PDAS tahun ni, kalau tak silap F. Ish..aku tulis penat-penat ni, ada ke orang nak baca?? Bukan semua tengah tengok bola ke??


Sambung layan bola balik.

No comments: