Monday, June 21, 2010

Tentang semalam.

Tak mahu cerita panjang, jadi cuma cerita seringkasnya, sebab kepala tengah bengang, tekak sakit, perut masuk angin, bahu lenguh.


[1] Semalam hari bapa kan, tapi F tak ucap selamat pun kat Abah. Dia merajuk ala-ala manja, tapi F nak buat surprise yang belum terbuat. Itu pasal tak nak ucap lagi.



[2] Tindakan drastik F semalam ialah telah meng'cash-out' duit Nuffnang yang tak sampai RM100 tu. Tengok-tengok, dah dapat emel pengesahan payment cash-out, tapi nama tak lengkap. Maka, kena request lagi sekali untuk lengkapkan nama.



[3] Langsung tak boleh nak ping kat Geng Blogger  entri pasal losyen Johnson's semalam dari kat pukul 10 malam. Sampai ke pagi ni. Dah siap tanya Kak Jie segala lagi. Maka, tanpa sempat menunggu, memutuskan bahawa perlu buat jugak entri lain. Tak kisah dah pun, tanya Kak Jie pun, sebab nak tahu punca sebenar jadi macam tu. Mungkin ada salah apa-apa la kot. Keluar page kosong je.



[4] Berkomen sakan kat Facebook dengan geng-geng kpop F [Mieza Amran, Munie Mustaffa & Aqila Syaqina] untuk beberapa pos yang ditag di Facebook itu, sampaikan dalam kurang 1 jam, inbox sudah sarat melebihi 100 notifications dari Facebook. Oh, we're seriously addicted to kpop. Seriously.



[5] Lebih kurang jam 12 tengah malam, Zaty ajak date kat YM, maka berYM sakan la kami, sehingga F buat lagi tindakan drastik, dengan buat status sesedap rasa kat Facebook. Jelas sekali, memulakan langkah pertama memang sukar, tapi respons boleh tahan. Asyik senyum lebar je semalam.



[6] Baru je nak masuk tidur, bila Mama tiba-tiba keluar dari bilik. Ingatkan nak tengok bola, rupanya nak makan nasi tengah-tengah malam. Sekali, dengar bunyi sesuatu kat dapur, Mama kata, ternampak Cik Ti. Maka kena kejutkan Abah. Habis geledah satu dapur, tak jumpa pun Cik Ti. Pandai betul Cik Ti menyorok.


 Cik Ti tu tak mungkin secomel dan sepolos ini.
Kredit : sini.



[7] Disebabkan nombor [6], maka dapat tengok Brazil menang 3-1 dengan Ivory Coast, tapi yang tak sedap hatinya, Kaka kena kad merah saat-saat akhir lepas dia sengaja siku pemain Ivory Coast. Padahal, beberapa minit sebelum tu, dah kena amaran pakej sekali dengan kad kuning pertama. Alahai Kaka~~

Abah tiba-tiba cakap Kaka ni hensem.
Macam dia muda-muda dulu.
Mak aih.
Kredit : fanpop.com



[8] Buah hati pengarang jantung sehati sejiwa terbaru F:

siap buat wallpaper lagi tahu.
kredit penuh : Doojoon Twitpic

9 comments:

miss faten said...

Bukan salah Kaka sebenarnya :)
Kalau tengok video tu ulang2 kali, sebenarnya Kader Keita tu sendiri yg terjah Kaka, dah tu tambah pulak Kaka memang tengah hot, in fact pemain Brazil bila dah akhir2 macam dah mula marah2 atas sebab hanya mereka yg ketahui but mungkin sebab pemain ivory coast agak ganas tetiba. tapi Kaka siku dia kena badan, tapi Kader jatuh padang pegang muka. Memang sengal. Dasar dra,a aja lebih . Haish.. Jom tengok bola F ! SGT BEST GILA ^^

miss faten said...

alamak kat atas tu nak taip *drama :)

joegrimjow said...

jgn lupe f join contest menang ipad ya
;)

ney said...

memng tak boleh nk ping ea?tadi shieda try nak ping pon tak ley ag~

NiZaM Limited said...

ahaks..ni diari versi moden ni..diari hari semalam..=p

brasil kaka dpt kad merah..
jerman klose dpt..

molek sgt la tu..ahaks..

kak ina kl said...

salam...yessszaaa salah satu pilihan akak menang..go Brazil gooo

kak ina kl said...

salam...yessszaaa salah satu pilihan akak menang..go Brazil gooo

Lovely Bella said...

Go Brazil Go!!! :)

Sarah Kushairi said...

Kelakar la abah Afi. Hahahaha. XD